Saturday, October 10, 2009

Neutralkan hatimu EEKA sayang...

Saturday, October 10, 2009

Assalamualaikum

Kini hatiku tenang bak air kolam,
Dihiasi ikan yang berenang keriangan,
Walau rintangan yang datang sangat dalam,
Hariku tetap indah dengan senyuman...

Kau datang dan pergi begitu saja,
Tanpamu ku masih boleh berdiri,
Jangan risau dan bermuram durja,
Kerana hatiku telah tertusuk duri...

Biar ombak datang memukul,
Aku masih kuat berdiri,
Biar badai datang menimpa,
Ku kan sedia menghadapinya...

Wahai hati Nursyafeeka binti Zainuddin...
Dikau sangat cekal tatkala hari konvomu,
Dikau bijak menyembunyikan hati yang terluka,
Dikau pandai berlakon memintal senyuman penuh manis...

Hanya Siti Hajar yang memahami,
Betapa pedihnya hati ini,
Tatkala dikau berdiam diri,
Dan akhirnya kata putus yang kuterima...

Tahniah dan Syabas kepadamu...
Kerana dikau telah berjaya merobek hatiku...
Begitu mudah dikau berputus asa...
Mungkin dikau telah jatuh hati pada yang lain...

Cukuplah sudah setakat ini...
Kau melukakan hatiku...
Maafkanku kerana telah berlaku tidak adil..
Meluahkan rasa hati di sini..

Ku akan meneruskan hidup tanpamu disisi...
Semoga dikau bahagia selalu...
Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi semangat kepadaku...
Hajar, Nazri Napiah yang gelakkan aku... hehe
Abang Sahak,... dan yang lain...
Jasa kalian takkan kulupakan...


6 comments:

shaz haza said...

name aku ada dlm sajak kau. :p

dah, lupekan yg lepas, bangun dan tunjukkan kau lebih bahagia lepas ni. ok? :)

CoOkiE MoNSter said...

nama aku?? Ini tidak adilllll! Diskriminasi!!!!

eeka said...

assalamualaikum

hehehe mestilah ada nama hajar... hehehe thanks hajar! aku dah berjaya melupakan yang keruh tu... hehehe

sibuk jerk cooooookie monster nih... hehhehee

CoOkiE MoNSter said...

okkkk...

eeka said...

merajuk lak dier... hehhee mana cookie monster ni? nak sket chipsmore bley tak?

shaz haza said...

hayo.

eeka dia dah merajuk. :p

dah2, cookie, tak mau majuk2. tak comey.