Friday, December 25, 2009

GAGAL TEST JPJ huhu

Friday, December 25, 2009


Assalamualaikum

Tanggal 21 haribulan disember 2009.. bersamaan hari isnin.. saya berjuang untuk mendapatkan lesen P kereta,.. tetapi malangnya... tatkala saya sudah berada di atas bukit untuk melepaskan diri dari segala tekanan perasaan... kereta da berenjut sedikit.. menandakan saya sudah boleh bergerak ke depan.. tetapi tiba-tiba ia mengundur.. setelah saya benar-benar bersedia untuk meneruskan perjuangan!

wawawa... hampeh! kemudian test jalan raya lak.. semasa membelok ke sebuah taman... kaki kiriku gatal sangat pijak clucth, lalu membuatkan kereta itu meluncur laju tika membelok ke kiri.. tersauk lorong yang bertentangan yang sememangnya haram untuk di lalui... huhuhu sepatutnya brek yang dipijak bukan clutch sayang........... huhu hampeh! sekali lagi..

lalu keputusannya GAGAL...

4 comments

RETRO NITE RIKEVITA







2 comments

Friday, December 18, 2009

Andai...kata...

Friday, December 18, 2009


Assalamualaikum

Alangkah indahnya jika hati ini diselubungi rasa cinta.......
Cinta yang disulami rasa insaf di dalam diri...
Cinta yang tak mengenal erti penat...
Cinta yang kekal hakiki tanpa kecurangan...

Tetapi di manakah hendak kucari cinta sedemikian?
Adakah aku terlalu alpa dengan anugerah-NYA...
Sehinggakan cinta yang hakiki telah ku abaikan...
Apakah ini suatu petanda bahawa hati ini perlu berubah?

Cinta hakiki dan abadi adalah kepada Allah yang Maha Kuasa...
Maha Mentadbir sekalian alam...
Kadangkala hati ini berbisik lagu sepi...
Kesepian tanpa teman disisi...
Walhal ramai teman yang bersedia menemani...

Entah mengapa hati ini begitu tegar...
Membiarkan diri ini hidup begini...
Mungkinku sudah berputus asa...
Atau berkabung demi terkuburnya sebuah cinta kepada manusia...
Ah.... usah di kenang peristiwa pahit itu Eeka...

Kadang kala hati menangis sendirian...
Sebak di dalam jiwa..
Mengapa hilang segala semangatmu yang riang gembira Eeka?
Mengapa hilang segala keserian pada wajahmu..?
Mengapa begitu sukar untuk mendengar gelak tawamu?
Mengapa kamu meminggirkan diri?

Adakah ini di namakan kemurungan?
Oh, tidak... Eeka..
Jangan sesekali putus asa dengan dugaan-NYA yang ini..
Kau pasti boleh melaluinya...
InsyaAllah...

Demi awal muharam ini...
Berubahlah Eeka!
Berubahlah dari yang buruk kepada yang baik...
Usah dilayan rasa hati yang sayu itu...
Fikirkan masa depanmu...
Jangan dipandang perkara yang dah berlalu...


2 comments