Friday, July 31, 2009

Teambuilding GEMS di Desaru...

Friday, July 31, 2009
Assalamualaikum

Tanggal 27-07-2009,
Bersamaan hari Isnin,
Desaru Golden Beach Hotel Resort,
Menjadi saksi kegembiraan kami yang tak terhingga..


Kami menyanyikan lagu GEMS,
Dengan penuh semangat,
Dengan penuh debaran,
Kedengaran dari jauh bunyi ombak memukul pantai,
Akhirnya kami dapat juga merasa mandi di Desaru...
hehehe


Teambuilding kami penuh dengan aktiviti,
Dimulakan dengan laluan titian kayu bergoyang,
Beserta lopak air dibawahnya,
Sambil mata ditutup,
Berjaya kami tempuhi...

Kemudian monkey track,
Bergayut atas palang besi,
Juga ada lopak air dibawahnya..
Dengan sorakan semangat dari En. Azahari,
Dan rakan-rakan sekumpulan..
Saya berjaya melakukannya...
haahhaaa

Tidak ketinggalan wall climbing,
Setinggi 6 kaki,
Berjaya kami tempuhi..

Diikuti laluan askar merangkak,
Yang mempunyai dawai berduri,
Terpaksa merangkak macam baby...
hahhaa

Tak cukup dengan wall climbing 6 kaki,
Kami perlu juga memanjat dinding kayu 10 kaki...
Berjaya juga saya tempuhi,
Berkat semangat berpasukan...
Alhamdulillah... kecuali ketua pasukan.. Mr. Wan
Tercicir.. eheheh

Setelah berhempas pulas dengan aktiviti lasak,
Minda kami juga diuji..
Kuiz dari teka silangkata,
SUDOKU,
Isi tempat kosong... dengan soalan am...
Pergh... sungguh mencabar minda betul..

Water confident paling saya suka,
Life jacket diberikan,
Kemudian dengan badan membelakangkan tasik,
Tangan tutup hidung,
Dan sebelah tangan pula pegang bahu...
Dengan kiraan 1.. 2.. 3...
Kebushhhhhh....
Tenggelamlah saya dalam tasik tu...
hahaha seronok..
Nasib baik timbul balik..
Pastu... perlu berenang ke seberang tasik...
Muka mengadap awan yang biru,
Airnya sejuk... sungguh menyegarkan...
Very touching.. =p

Then, buat rakit lak..
Ramai-ramai.. dengan jumlah tali yang terhad..
Akhirnya kami berjaya mendayung ke hulu tasik bersama rakit kami..
STARFISH nama kumpulan kami... hehehe

Puas berakit,
Naik tangga kambing lak...
Mata ditutup lagi...
berjaya juga kami tempuhi..
hahaha tengok orang la kan..

Kemudian akhir sekali,
Jadi TARZAN...
Bergayut atas sebatang tali,
Bawahnya ada lopak air lumpur busuk...
Tak berjaya ku tempuhi... hahaha
Terkandas jua dipertengahan jalan..
Benarlah kata pepatah,
Sepandai-pandai tupai melompat,
Akhirnya jatuh ke tanah jua...
Tapi si Usop Sontorian ni..
Hebat,.. dia berjaya menjadi TARZAN GEMS... hahaha


2 comments

Sunday, July 26, 2009

Cintan cintun...

Sunday, July 26, 2009


Assalamualaikum

Dikala hati dilanda asmara...
Semuanya terasa indah...
Senyuman menghiasi setiap detik hari dan saat...
Segala kekurangan diri hampir tidak dilihat...
Semuanya dipandang sama...

Ah, betapa indahnya cinta ini...
Tatkala hati menyanyi lagu cinta..
Senyuman terukir dibibir...
Tanda hati telah ditawan..
Oleh insan bergelar lelaki...
Chewah! Jiwang betul...

baby... baby... my baby...
u love me baby...

semoga perasaan ini kekal sehingga akhir hayat..
peace... hehehe



3 comments

Bosannya kat GEMS... huhu



Assalamualaikum

Tatkala kebosanan melanda jiwa... mulalah merapek meraban kat blog...
hahaha imej doraemon menjadi pilihan hatiku...

Alangkah indahnya jika semua impian kita menjadi kenyataan..
Apa impianku ya?

  1. Kerja yang sesuai dengan jiwaku.. indoor.. takmo outdoor work..
  2. Rumah dan kereta yang dibeli dengan hasil usaha bijakku...
  3. Suami yang ada kelas gitu.. hahaha nsem, smart bergaya.. yang penting baik hati dan penyayang..
  4. Dapat menunaikan rukun islam 5 perkara.. dan rukun iman 6 perkara...
  5. Dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapa...
  6. Bahagia hidup dunia dan akhirat...
  7. Semua yang positif la gitu... ekekkeke
Semoga impian Eeka menjadi kenyataan dengan secepat mungkin seperti kilat... aaaamiin...

Minggu depan, isnin 27/07/2009 ada teambuilding.. kat Desaru, Kota Tinggi.. hehehe dapatlah merasa duduk hotel kat Desaru akhirnya walaupun cuma 4 hari sampai hari Khamis...

Ada aktiviti flying fox... huhu dah la saya ni gayat tempat tinggi wawawa
abislah... doakan saya selamat ya kat sana nanti.. hehehe



0 comments

Thursday, July 16, 2009

Grooming....... time.. at GEMS.. hehehe

Thursday, July 16, 2009
Assalamualaikum

1. Masa duduk.. kaki rapat ke kanan atau ke kiri bagi wanita..
2. Masa berdiri.. jarak antara kasut kena jauh 10 cm...
3. Masa berjalan.. pakai high heel,... hehehe
4. Pakaian baju kurung plain... tudung bunga2...


Petua hilangkan bau ketiak di badan manusia:
- masa mandi.. gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut... amalkan selalu... insyaAllah akan hilang bau ketiak tu.. ni petua dari tutor grooming puan azlin dari gems.. hehe


Petua takmo mata sembab:
- elakkan minum air masak sebelum tidur.. kerana air tersebut akan mengelilingi mata masa tidur dan menyebabkan eyebag... sebaliknya minum air 1 botol apabila bangun dari tidur.. suapaya segar tiap-tiap pagi... hehe


Petua elakkan lipstick melekat kat gigi:
- hisap ibu jari selepas memakai lipstick dan kemudian tarik ibu jari keluar dari mulut perlahan-lahan atau letakkan tisu bawah bibir dan kemam sket... hehe


Petua memilih kasut utk corporate dinner:
- elakkan dari memilih kasut high heel yang mempunyai hiasan reben dan buckle... di bahagian kasut...
- kasut hendaklah kasut kulit, bertutup di depan dan belakang... lebih tinggi heel lebih tinggi power.. orang tu..

Petua menyegarkan diri semasa di pejabat:
- basuh kaki dan nikmati kesejukan air tersebut...


- gosok gigi lepas makan dan bagi ladies... jangan lupa pakai lipstick tiap kali lepas makan dan minum, sebelum balik kerja pun kena pakai bagi memastikan husband puas hati... melihat isteri cantik sebelum dan selepas pulang dari office..


p/s: jangan berikan alasan atau peluang kepada mereka untuk mencari perempuan lain kerana anda tak memakai lipstick ketika pulang dari kerja... hehehe masa pergi kerja berhias bagai nak rak.. balik pun mestilah berhias juga untuk suami =>

4 comments