Thursday, June 18, 2009

Bayaran Balik PTPTN

Thursday, June 18, 2009


Assalamualaikum 

Kepada sesiapa yang belum membayar semula hutang PTPTN anda bermula pada bulan Mei, 2009 sila bayar dengan segera... Klik di bawah untuk maklumat selanjutnya...


p/s: wah, ada bakat jadi ALONG la saya nih kan? hahahhaa

5 comments

Wednesday, June 17, 2009

Doakan daku berjaya ya kawan-kawan =>

Wednesday, June 17, 2009


Assalamualaikum

Rabu depan, 24/6/2009 ni saya akan menghadapi temuduga bawah SPA sebagai pegawai teknologi maklumat di johor bahru... semoga Nursyafeeka binti Zainuddin berjaya dalam temuduga ini, Ya Allah makbulkanlah doaku ini dengan secepat mungkin seperti kilat... => aaamiin.. 

4 comments

Tuesday, June 16, 2009

GEMS

Tuesday, June 16, 2009


Assalamualaikum

Kepada lepasan ijazah yang masih tiada pekerjaan dan sedang menganggur... hehe sila daftar secara online ke http://www.mygemsportal.com.my

GEMS portal ini adalah singkatan kepada Graduate Employability Management Scheme yang dilancarkan oleh Perdana Menteri yang ke-6, Dato Seri Najib. Ia adalah rancangan kerajaan untuk membantu lepasan ijazah untuk memantapkan soft skill mereka disamping menambah value kepada mereka. 

Ringkasan GEMS:
- 2 bln 1/2 - kelas **elaun sebulan RM 750 + duduk hotel makan 5 kali sehari hahahaa
- 6 bln praktikal kat mana-mana syarikat swasta (GLC company) **elaun sebulan RM1000

p/s: kalau dapat interview leh minta excuse utk g interview 
p/ss: kalau dapat keje terus kat luar leh minta berenti dari GEMS dan tak perlu memulangkan elaun bulanan
p/sss: ada intake bulan 9 ni... sila apply dgn cepat... kalau berminat... 

0 comments

Saturday, June 13, 2009

Ikan Pari Masak Asam Pedas

Saturday, June 13, 2009


Assalamualaikum
HAri ni kita belajar masak ikan pari masak asam pedas yer... tuan puan.. hehe macam chef lak..

Bahan-bahan pedas: 
1. 1 senduk nasi lada kisar atau nak pedas sila tambah ikut keperluan

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat dan ditumis:
1. 4 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. 1 sudu kecil garam
4. 1 inci kunyit 
5. 1 halia inci tapi ditumbuk kasar jangan sampai hancur nanti tergigit lak halia tu masa makan..  tumbuk sekali jer.. hehehe biar pecah sket...

Bahan utama:
- Ikan pari yang dipotong dua dalam 4 ekor untuk sekeluarga (**ikut keperluan anda)

Bahan-bahan perasa:
1. 1 mangkuk kecil air asam jawa secukup rasa - ni kena agak-agak sendiri... hehe
2. 4 pucuk daun kesum untuk menambah rasa dan baunya.. pergh.. sedap.. hehe

Bahan-bahan untuk ditambah selepas mendidih air kuahnya:
1. 1/2 sudu kecil ajinomoto atau pak aji hehe
2. 1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Sediakan kuali besar untuk memasak yer... tuan puan haha pastu panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya untuk menumis bahan-bahan pedas tu.. ala... lada kisar satu senduk nasi tu... hehe
2. Biarkan sampai pecah minyak dan lada tu betul-betul masak sepenuhnya (**kalau tak masak betul ditakuti sakit perut kalau makan nanti)
3. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang ditumbuk lumat semua skali
4. Tumis sehingga naik bau dan aromanya
5. Kemudian masukkan ikan pari dan gaulkan sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi
6. Masukkan bahan perasa (air asam jawa dan daun kesum) dan tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah ** jangan sampai meladung air lak dalam kuali nanti tawar kuahnya... hehe agak-agak peres la kuahnya... 
7. Last sekali, bila air mendidih baru masukkan pak aji atau ajinomoto dan garam secukup rasa yer tuan puan.. 

0 comments

Friday, June 12, 2009

Sakit Hati ni bila DITIPUUUUUUUU

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum

Tgh hari tadi papa call, tanya pasal kamera digital dia... sebab dia rasa pagi tadi ada dalam kereta... sekarang kereta ada kat bengkel mekanik... aircond problem... puas saya geledah bilik papa kat atas meja, robok baju.. tapi takde... tak jumpaaaaaaaaaaa....

Then saya tanya la adik saya yang ketiga tu, Arni.. dia kunci pintu bilik.. so saya ketuk la dari luar... tanya ada tak amik kamera papa tu... dia cakap takde... saya pun cakap la takde... pastu... papa mula syak ada orang curi kamera masa kereta tu dibaiki... wawawa

Yang benganggggggggg tu, adik saya, Arni cakap kamera tu ada pada dia bila dia bukak pintu bilik tu... time ni pe lagi, berapi kepala saya nih... saya call papa then pass nset kat arni.. saya suh dia cakap sendiri kat papa cite sebenar lepas papa marah-marah kat mekanik kete tu.. arni wat loudspeaker dia tuduh saya main-main ngan dia... so dia cakap la kamera tu takde...!!!!!!!!!! warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bengangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg ni bengang tahap cipan dah ni... saya pe lagi jerit r kat nset dari jauh pasal dia guna loudspeaker... gaduh r adik beradik pertahankan diri masing-masing... 

Bengang giler... bley lak dia tuduh saya main-main... padahal saya tanya elok-elok!!!!!!!!!!!!!!!!
Sabar jer la... orang dah ketuk pintu dia yang takmo bukak! pastu tuduh saya main-main lak... kurang ajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................
takmo ngaku diri sendiri salah!
pastu saya mula la cakap kat adik bongsu saya, amirul baru 9 tahun...  dia terdiam bila dengar kakak dia cakap guna suara menekan menahan marah... sebenarnya saya nak nangis time tu... saya cakap dah salah tak nak ngaku... tuduh orang lain lak tu... kang papa balik mesti saya yang kena tuduh.. main-main... mata dah berair dah time ni... marah + bengang = panas hati nih!

6 comments

Ayam Masak Kicap


Assalamualaikum

Hari ini, kita belajar masak ayam masak kicap plak...
hehee baru jer masak tadi...

Bahan-bahan utama:
1. 2 Kepak ayam, 2 peha ayam dan 2 dada ayam untuk sekeluarga kalau tak cukup tambah jer ikut suka selera anda... hehe

Bahan-bahan untuk ditumbuk dan ditumis:
1. 4 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. 1 sudu kecil garam
4. 20 biji lada sulah 
5. 1 inci halia di tumbuk kasar

Bahan-bahan perasa:
1. 2 sudu kicap
2. 3 sudu sos cili maggi

Cara-cara memasak:
1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi
2. Bila naik bau, masukkan perasa iaitu kicap dan sos cili secukupnya
3. Kemudian barulah masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati 
4. Tunggu hingga sebati ayam dan bahan tumisan tadi barulah masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah... 
5. Jika kurang masin masukkan kicap secukupnya... supaya kuahnya nampak hitam hehehe tapi jangan terlebih kicap nanti masin sangat pulak... agak-agak la...
6. Last sekali, masukkan ajinomoto setengah sudu kecil...
7. Tunggu didih baru tutup api tu... siap untuk dihidangkan... hehee =>

0 comments

Monday, June 8, 2009

Sup Ayam

Monday, June 8, 2009


Assalamualaikum
Hari ni, kite belajar masak sup ayam yer.. hehe baru jer masak tadi...

Bahan-bahan menumbuk:
1. 4 biji bawang merah kecil
2. 4 biji bawang putih
3. 1 inci halia 
4. 1 sudu kecil garam halus
5. 10 biji lada sulah warna putih biji-biji tu...

Bahan-bahan menumis:
1. 1 Kulit kayu manis (sepotong kecil)
2. 1 biji buah pelaga
3. 1 bunga cengkih
4. 1 bunga lawang
5. 1 sup bunjut adabi

Bahan utama:
1. Ayam secukupnya... yang dipotong-potong kecil
2. Kentang yang dipotong kecil

Bahan hiasan:
1. Daun bawang dan daun sup dihiris halus

Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak apabila kuali sudah panas
2. Masukkan bahan-bahan ditumbuk tadi dan bahan-bahan untuk menumis
3. Tumis bahan-bahan tadi dan biarkan selama 5 minit
4. Masukkan kentang dan ayam biarkan selama 5 minit supaya bahan tumisan tadi menyerap masuk ke dalam daging ayam tadi
5. Kemudian masukkan air sampai paras ayam tadi... untuk dijadikan kuah...
6. Biarkan mendidih baru masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam air tadi...
7. Last sekali baru masukkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus
8. Biarkan air mendidih barulah siap untuk dihidang...hehe

0 comments

Sunday, June 7, 2009

Salah tempat jemputan kawen... hahaa

Sunday, June 7, 2009


Assalamualaikum

Tersebutlah alkisah pada suatu hari, sekeluarga bersemangat nak pergi jemputan kat johor bahru... hehehe nak di ringkaskan cerita... puas sental makanan sedap-sedap kat situ, baru la sedar tempat yang kitorang makan tu bukan tempat yang betul... hahaha padanlah orang-orang kat situ pandang semacam jerk... muahahhaa 

Bengang jerk... da kenyang perut baru perasan salah tempat... rupanya ada dua majlis kawen kat satu taman yang sama... hahahaha pastu barulah kitorang g kat tempat yang betul... mak aih lawa gler pelamin dia... uish, muka pengantin berseri-seri bagai pinang dibelah dua.. hehhee

0 comments

Saturday, June 6, 2009

hidupku

Saturday, June 6, 2009


hidupku di penuhi warna-warna keriangan,
tanpamu teman,
hidupku bagai burung yang sesat berterbangan,
tanpa arah tuju, tanpa arah tujuan...

aku seorang insan biasa,
hidup penuh pancaroba,
aku insan biasa yang sedang mencari erti kehidupan sebenar,
aku insan biasa yang melihat kehidupan ini sebagai peluang keemasan,
peluang untukku membuktikan kepada diriku,
bahawa aku sendiri boleh berdiri di atas kakiku sendiri,
hidup berdikari dan saling sayang menyayangi...

aku insan romantik,
aku cuba untuk jadi yang terbaik,
aku belajar memasak,
aku belajar menyayangi,
aku belajar cara-cara untuk hidup berdikari,
hidupku penuh dengan pelajaran...

hari-hariku indah dengan hadirnya cahaya matahari,
yang bersinar menyinari bumi,
malamku terang diterangi cahaya bulan,
aku gemar melihat alam ciptaan tuhan,
sungguh indah dan mententeramkan perasaan,
aku suka melihat pantai yang terbentang,
ibarat satu pemandangan yang mempesonakan perasaan....
ehehhee dah mula la merapek nih.... sekian sahaja update daripada eeka =>

0 comments

Thursday, June 4, 2009

Ketahui Rahsia Temuduga Kerajaan... Rugi tak beli

Thursday, June 4, 2009

Assalamualaikum

Di bawah ini ada link untuk ke website tu.. kepada yang masih tercari-cari tips temuduga.. rugi kalau tak beli ebook ni... semua ada... dari persediaan sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga... lengkap dari A to Z... tak perlu lagi tercari-cari tips-tips di internet.. semua ada... sebab saya dah beli... rm30 jerk... kalau di fikir-fikir semula, buku ni patutnya rm50 sebab isi kandungan yang sangat lengkap sebegini sangat sukar untuk diperolehi... tetapi oleh sebab pihak yang menjual nih sangat baik hati, cuma rm30 jerk... dijual... ingatlah setiap persediaan amat penting bagi menjamin keyakinan semasa temuduga anda kelak... 


0 comments

Tuesday, June 2, 2009

Sotong Masak Kicap

Tuesday, June 2, 2009

Assalamualaikum

Hari ini saya belajar masak sotong masak kicap daripada mama kesayangan saya....
hehehe

Bahan-bahan untuk dihiris:
1. 3 biji bawang merah kecil
2. 3 biji bawang putih
3. 1 biji lada merah besar
4. 1 inci halia

Bahan utama: 
- Sotong secukupnya untuk seisi keluarga

Bahan perasa:
1. Sos cili maggi
2. Kicap jalen lemak 
3. Garam satu sudu kecil
4. Sedikit perasa ajinomoto

Cara-cara:
1. Masukkan minyak dan panaskan dalam kuali untuk menggoreng sotong 
2. Masukkan sotong yang telah ditapis airnya... sebab sotong akan mengeluarkan air bila digoreng...
3. Biarkan 5 minit... Sekejap jer... sebab sotong cepat masak dan kalau dibiarkan lama-lama nanti liat plak tak sedap..
4. Angkat sotong, dan masukkan semua sekali bahan-bahan yang dihiris.
5. Masukkan sesudu kecil garam dan sedikit ajinomoto.
6. Biarkan sehingga layu bawang-bawang tersebut... kemudian barulah masukkan sotong
7. Masukkan sedikit kicap dan cili sos secukup rasa... takmo banyak-banyak... agak-agak jer... hehehe
8. Biarkan sekejap dalam 5 minit.. siap la... =>

4 comments