Sunday, October 18, 2009

Every WEEK eeka balik kampung kat SENGGARANG...

Sunday, October 18, 2009


Assalamualaikum

Disebabkan ingin menghabiskan belajar memandu kereta dengan cepat... maka alkisahnya... Eeka terpaksa berulang dari JB ke BP tiap-tiap hari Jumaat petang dari LARKIN JB ke BP...

Naik bas ler... hahaha sebenarnya selain nak belajar kereta... nak update BLOG hantu kucing nih sekali... kat uma.. sebab eeka tak de laptop... dah lama innalillah..... gara-gara tuan dia yang tak penyabar ni.. hahaha

rindu kat hamster n kucing kat uma.. kalau FREE.. PLUS RAJIN, eeka akan meMANDIkan HAMSTER... hahaha padan muka hamster tu... terkedek-kedek lari bila kena simbah air.. hahaha EEKA KEJAM... hahhaa

2 comments

Kisah Eeka belajar memandu kereta... hehe

Assalamualaikum
1st time bawak kereta kancil kat jalan raya diajar oleh pak ahmad,
hahaha kalut giler... tak pernah pegang stereng kete...
tak reti pun nak bawak kete... alih-alih dia berentikan kete kat parit botak..
suh orang bawak...
Mula-mula smooth jerk.. sbb dia guide satu2...
Then, dia senyap... nak tgk orang faham ke tak..
hah! time tu la kalut...
macam-macam problem timbul..
hahhaa kete mati la...
pasal tak reti control clucth...
pastu,... keesokan harinya... belajar membelok lak..
maunya terbabas ke semak time corner tu..
hahaha tak reti lagi handle stereng kete time belok...
pastu time nak tukar gear dari Gear 1 ke Gear 2...
EEKA GAGAL....
hahaha tak reti lagi nak agak...untuk lepaskan clucth tu..
asyik terhenjut-henjut kete then MATI...
wawawa... camne la nak DRIFT ni ngan gambar kete kat atas ni???? huhu

0 comments

Saturday, October 17, 2009

So far so good...

Saturday, October 17, 2009
Assalamualaikum...

HEhehe jom berduet bersama eeka menyanyikan lagu DORAEMON bersama-sama...? Mau tak?? hehhee

Berbalik pada kisah hidupku, akhirnya dapat gak komputer baru kat ofis tempat OJT (on job training) orang.. hehehe time tu menimbun keje dorang bagi.. sebab majoriti keje guna sistem oracle yang serba canggih dan bagai nak rak saya belajar...dari A to Z...

Terima kasih kepada kak rus, kak ifa, abg hakim dan abg suhaimi yang banyak memberi tunjuk ajar untuk buat kerja bahagian production planning kat Rikevita (M) Sdn. Bhd.. hehe best gak duk kat kilang JEPUN ni... bersih giler toilet dia.. kena pakai sandal tau kat sana.. dorang sediakan.. pastu kena pakai uniform serba putih dan kasut sekolah putih... hahaha macam dak sekolah cina lak...

KAlau kuar dari ofis, nak ke CAFE.. kena pakai topi putih... untuk keselamatan...kot.. ehhe takut kena air panas dari atas kot.. tapi cik EEKA kite ni.. dia pakai topi tu untuk bergaya.. hahaha juz letak jer atas kepala tak masuk abis.. kalau ANGIN tiup mau terbang topi tu..

So far so good... life kat sana.. cuma tertekan sket sebab tak dapat buka internet time keje.. huhu dorang block abis internet kat sana.. time rehat jerk leh bukak internet.. time takde keje masa saya banyak diabiskan dengan merenung MUKA JAM dinding OFIS tu.. hahaha sebab meja saya betul2 mengadap JAM OFIS... tiap kali rehat atau masa balik mesti ada bunyi BELL atau CHIME.. macam bunyi door bell masa kite masuk farmasi tu.. hahaha kelakar... tapi best... tak de tekanan keje sangat... banyak masa diabiskan dengan MAKAN... MAKAN... dan MAKAN... hahaha makanan kat cafe murah giler... GEMUK r EEKA pasni.. ekekkee

Sekian sahaja update tentang EEKA COMEL... LEN kali eeka sambung cerita BEST plak yer...

0 comments

Follow your heart.. your intuition...



0 comments

Saturday, October 10, 2009

Neutralkan hatimu EEKA sayang...

Saturday, October 10, 2009

Assalamualaikum

Kini hatiku tenang bak air kolam,
Dihiasi ikan yang berenang keriangan,
Walau rintangan yang datang sangat dalam,
Hariku tetap indah dengan senyuman...

Kau datang dan pergi begitu saja,
Tanpamu ku masih boleh berdiri,
Jangan risau dan bermuram durja,
Kerana hatiku telah tertusuk duri...

Biar ombak datang memukul,
Aku masih kuat berdiri,
Biar badai datang menimpa,
Ku kan sedia menghadapinya...

Wahai hati Nursyafeeka binti Zainuddin...
Dikau sangat cekal tatkala hari konvomu,
Dikau bijak menyembunyikan hati yang terluka,
Dikau pandai berlakon memintal senyuman penuh manis...

Hanya Siti Hajar yang memahami,
Betapa pedihnya hati ini,
Tatkala dikau berdiam diri,
Dan akhirnya kata putus yang kuterima...

Tahniah dan Syabas kepadamu...
Kerana dikau telah berjaya merobek hatiku...
Begitu mudah dikau berputus asa...
Mungkin dikau telah jatuh hati pada yang lain...

Cukuplah sudah setakat ini...
Kau melukakan hatiku...
Maafkanku kerana telah berlaku tidak adil..
Meluahkan rasa hati di sini..

Ku akan meneruskan hidup tanpamu disisi...
Semoga dikau bahagia selalu...
Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi semangat kepadaku...
Hajar, Nazri Napiah yang gelakkan aku... hehe
Abang Sahak,... dan yang lain...
Jasa kalian takkan kulupakan...


6 comments

Monday, October 5, 2009

Konvokesyen UTeM Melaka EEKA...

Monday, October 5, 2009





























8 comments

Saturday, October 3, 2009

My Heart is Broken

Saturday, October 3, 2009


Assalamualaikum

Pabila jodoh tak kesampaian,
Pasti ada yang terluka,
Begitu juga dengan diriku,
Mungkin jodohku tiada dengan dia...

Sakitnya hati tak terkira,
Pedihnya hati tiada yang tahu,
Luaranku nampak gembira,
Dalam hati hanya Allah yang tahu...

Air mata mengalir dengan laju,
Tidak peduli siapa yang melihat,
Hatiku sudah hancur berkecai,
Mengenang nasib diri begini...

Tika diri mengecapi kebahagiaan,
Pasti ada halangan yang menimpa,
Mungkin ini dugaan dari-NYA,
Eeka pasti berjaya menghadapinya...

Tika diriku ingin bergelar siswazah,
Pada keesokan harinya,
04/10/2009...
Hari bersejarah disambut dengan penuh duka...
Dengan hadirnya ujian yang sangat berat ini...

Pada hari sebelum ku bergelar Siswazah...
Ujian ini datang melanda..
Bagai taufan datang melanda...
Jiwaku langsung tidak tenteram...

Aku pasrah... dengan ketentuan-NYA..
Aku akan belajar menghadapinya..
Selamat tinggal sayangku...
Sesungguhnya Nursyafeeka binti Zainuddin
Amat menyayangimu...

Namun apakan daya...
Dikau menyepi tanpa berita...
Sesungguhnya ku mengerti dengan tindakanmu..
Tak mengapa.. wahai teman...
Eeka pasrah...

Mungkin ini sudah suratan Ilahi...
Pertemuan kita hanya sementara...
Mungkin Allah mahu menguji...
Sejauh mana kesetiaanmu...

Namun aku mengerti...
Punca dikau mencari yang lain...
Kerna bantahan dari ibuku...
Bukan jodoh... nak wat camne yerk?

huhu.... namun kau telah mengguris hatiku...
dengan berdiam diri tanpa penjelasan...
membuatkanku terseksa dengan penantian yang tiada makna...
panggilan telefon dan sms langsung tidak kau layan...

Sampai hatimu...
begitu bencikah dikau pada diriku ini?
jika ada kesalahan yang kulakukan...
ku ingin memohon ampun dan maaf
Zahir dan batin...

Hanya satu pintaku...
Satu pertemuan dengan penjelasan daripada mulutmu sendiri...
Biarkan aku menghadapinya dengan realiti...
Bukan dengan mainan perasaan yang dikau sedang praktikkan sekarang ini...

Tindakanmu yang berdiam diri telah merobek hatiku...
Mengguris hatiku sedalam-dalamnya...
Lalu meninggalkan luka dan parut yang kekal selamanya...
Tak mungkin aku akan percaya pada lelaki lain selepas ini...

Tidak mungkin... buat kali kedua...

p/s: pada hari kejadian.. 04/10/2009... pagi2 sebelum bertolak ke melaka... kelopak mataku bengkak pada bahagian atas dan bawah... maunya.. nak g konvo macam ni... nasib baik lepas tidur dalam kereta, bengkak tu surut sket... huhu... malam sebelum g konvo kat melaka.. eeka nangis sepuas-puas hati... melepaskan rasa pedih dan sebak di dada... mungkin beginilah adat orang bercinta... kalau tak ada jodoh, tangisan la jadi teman... kalau ada jodoh, hati yang tenang akan menjadi teman... =)

2 comments