Monday, March 23, 2009

Tentangku… bukan tentang kentang… okey

Monday, March 23, 2009









Assalamualaikum

Sebuah persahabatan yang terjalin itu ibarat kasih sayang yang tiada sempadannya padaku… Manakala sebuah percintaan antara dua insan yang sehati sejiwa merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita agar kita menjaganya dengan penuh tertib dan mengikut jalan Islam yang sepatutnya. Alangkah indahnya jika setiap hubungan itu kita pelihara dengan baik tanpa hasad dengki dari orang sekeliling. Ingatlah bahawa setiap hasad dengki yang lahir dari diri seseorang itu akan memakan dirinya sendiri kelak. Ibarat dalam cerita ”Tangisan Bulan Madu TV2” setiap jam 11.30 pagi, Isnin sampai Khamis hehehe... Promote tv2 plak... Best tau cerita ni, sebab ia dihasilkan dari novel.

Adakah setiap impian yang kita impikan itu akan menjadi kenyataan? Hanya diri kita sahaja yang boleh menyahutnya untuk menjadikannya sebuah kenyataan. Maka berusahalah wahai diriku... jangan mudah putus asa dalam hidup yang penuh pancaroba ini. Kita mempunyai banyak pilihan dalam hidup ini. Jadi janganlah sesekali menyeksa diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai. Hidup ini ternyata sungguh indah jika kita bijak mengatur masa dan sentiasa senyum tatkala bangun dari tidur. Hiasilah hidup ini dengan wajah ceriamu… Sinarilah dunia ini dengan senyumanmu, InsyaAllah seluruh dunia akan tersenyum kepadamu… Ini adalah peringatan buat diriku dan semua insan yang membaca nukilan yang merapek ni… hehe


Berbalik kepada tajuk nukilan ini, namaku Nursyafeeka binti Zainuddin yang bermaksud ”Cahaya Kasih Sayang.” Panggil saja EEKA. Eeka seorang gadis ke? Wanita yer? Hahaha Macam tak percaya jer umurku sudah mencecah 22 tahun sebab lahir bulan 03 Disember 1986, jadi kira lewat setahun la berbanding kawan-kawan lain yang sebaya. Orang cakap perangaiku macam budak-budak, tetapi dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu betapa matangnya diriku dengan umurku yang sekarang. Aku selalu melihat orang dari perspektif yang berbeza terutama sekali bila dah bergaul dengan ramai orang. Aku suka melihat dari segi positifnya seseorang itu dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Walaupun dia kadang-kadang bersikap panas baran tetapi hatinya baik. Walaupun masa mudanya banyak melakukan perkara yang tidak baik tapi itu tidak bererti dia jahat. Tetapi ada satu kelemahanku yang payah hendak ku atasi sendiri iaitu hatiku cepat tersentuh kalau kena marah. Memang aku seorang yang penyabar, tetapi kesabaranku ada batasnya. Kadang-kadang kalau terlebih hadnya, aku menangis sendirian. Biarkan tekanan itu reda dengan mengalirnya air mata. Itulah caraku melepaskan rasa sesak di dada.


Aku pernah menangis semasa menyiapkan projek akhir Sarjana Mudaku. Puaslah aku menangis sebab tak tahu macam mana nak siapkan projek tu. Nak bertanya, orang lain sibuk dengan projek masing-masing. Lagipun tajuk aku tu, bukan calang-calang tajuk. Lain dari yang lain. Tekanan dia tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu betapa peritnya aku masa tu. Alhamdulillah berkat doa ibuku dan dorongan daripada sahabatku serta bantuan pensyarah yang bagi tajuk projek tu, aku berjaya menyiapkan projek tersebut. Pengalaman yang paling tak dapat aku lupakan ialah masa aku perlu membentangkan projek tersebut buat kali kedua sebab tak memenuhi tajuk yang diberi. Masa tu, aku dah terbayang masa depan yang gelap. Owh tidak! Aku bakal gagal dalam projek akhir ni. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, DIA memberi aku peluang untuk lulus dalam projek ini. Ada satu masa tu, aku menangis dengan teman sebilik denganku, Rohayu namanya. Bila dia lihat aku menangis, dia pun nangis sama. Dia pun mengalami tekanan yang sama. Masa tu, hampir semua orang tertekanlah buat projek akhir tu. Bila terkenang balik saat dia dan aku menangis, hahhaa rasa kelakar la plak. Kami berdua siap kunci pintu bilik takut orang lain masuk. Rindunya pada Ayu… huhu…


Apa kesukaanku ya? Kucing, hamster, bantal bucuk, dengar lagu jiwang dan yang paling minat giler… Mengedit gambar… hahhaha… Peduli apa kata orang, aku tetap suka edit gambar tak kira siapa orang tu. Siap print senyap-senyap lagi kat kertas khas macam kat kedai gmbr tu. Takut papa tahu. Shhh… diam-diam tau. Lagi satu minat yang baru nak dipupuk ialah memasak… wawawa Best tau masak-masak ni, macam main pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Hehe amik bawang, garam, kunyit atau halia main tumbuk-tumbuk. Pastu tumis dan masukkan bahan-bahannya. Itu basic jer. Tapi aku selalu tak ingat ramuan untuk memasak tu. Tak salin dalam buku. Main masukkan dalam kuali jer. Sekarang ni baru belajar cara-cara memasak, sebab dulu bila aku masuk dapur je… adalah suatu suara tu… ”Keluar-keluar, sempit la dapur ni… Nah potong bawang ni… ” Sapa lagi kalau bukan mama aku… hahaha dia rasa susah nak bergerak maklumlah dapur kami ni kecik jer. Yang aku tau, potong bawang, siang ikan, ayam, sotong, ketam. Itu jer. Bab masak-memasak terserah pada yang pakar. Hehehe Lagi satu, aku paling takut dengan minyak yang merecik-recik… kalau menggoreng ikan atau ayam. Ish, fobia… Masa goreng telur pun meletup-letup minyak tu… Ish, saja jer cari pasal minyak tu ngan aku. Geram betul tau.


Dulu masa kecik-kecik, aku bahasakan diri ”kite awak”... Comelnya... panggilan tu. Tapi sekarang ”aku kau” sebab pengaruh dari rakan. Teman istimewa?? Owh, tidak! Aku masih belum berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangiku sepenuh hatinya. Macam manalah nak jumpa? Sedangkan EEKA suka duk memerap kat rumah, jarang keluar rumah. Kalau keluar terserempak dengan mana-mana lelaki, EEKA mengalihkan pandangan ke arah tempat lain. EGO..... tambah ngn MALU. Merah muka ni tau, kalau terserempak dengan sekumpulan lelaki yang duk tepi jalan tu. Ish, rimas pun ada. Sesak nafas pun ada. Ntah masalah apa yang aku alami ni pun aku tak tau. Hahaha Tapi berdosa tak kalau kita pandang orang laki kat tepi jalan tu, sedangkan dia mahram kita? Ish, MALUnya... Automatik jer mata ni meleret ke tempat lain sebab tak sanggup tengok budak-budak bujang tepi jalan tu. Even kalau budak-budak tu lebih muda dari umurku pun aku malu. Memang sikapku begini dari dulu lagi. Anti lelaki? Hahaha EEKA bukan anti lelaki ya. Tapi perasaan MALU tu yang tak dapat nak diubah dari dulu. Lagi satu, NERVOUS... bila berdua jer dengan lelaki tu. Yang ni, memang aku kalau boleh cuba mengelak dari berjumpa berdua jer. Kalau boleh, mesti berteman sama ada dengan adik ker... kawan ker... Yang penting aku berteman. Fail betul aku kalau makan secara bertentangan muka dengan lelaki. Menggigil kepala lutut ni tau. Bukan setakat kepala lutut, badan pun menggigil. Hahaha Aku pernah mengalami situasi begini masa praktikal. Tapi aku sedaya upaya menyembunyikan kelemahanku depan semua orang. Tarik nafas dalam-dalam, lepas tu tenung jer makanan, meja atau orang sekeliling. Hahaha Sengal betul... Penyakit apa la ni ya? Agaknya kalau dengan husband pun camni, aku tak taulah macam mana nak hidup dengan dia.


EEKA tak suka apa ya? Bunyi mercun atau meriam buluh sebab EEKA cepat terkejut kalau ada bunyi kuat meletup. Kumbang, tikus, katak, cicak, lipas, ular dan lipan. Cerita pasal lipan ni, adalah suatu malam tu dia muncul ketika papa takde kat rumah tinggal aku, mama, arni dan amirul. Besar dan panjang plak tu, eeeeeiiiiiiiii....... gelinya masa dia berjalan tu... laju giler, kalau lepa sekejap alamat kena sengatlah nanti. Mama yang ternampak lipan tu mula-mula terus menjerit bagai nak runtuh rumah ni... hahhaa Aku yang blur-blur ni, tanyalah ”apasal menjerit?”. ”Lipan... Lipan.....,” kata mama. Giliran aku plak menjerit, ”aaaaaaaaaaaaaaaa........ Mana-mana??? Kat mana???”. ”Ada kat bawah kerusi tu, eeeeeiiiii geli aku,” mama cakap sambil terkitai-kitai tangan dia wat aksi geli. Hehe Aku cepat-cepat suh mama amik buluh ker, kayu ker... pastu dia hulurkan kayu kat aku. Yang aku plak masih tercari-cari lokasi lipan tersebut. Tak nampak pun.. Tiba-tiba muncul seekor lipan laju melintas depan aku... MasyaAllah... Terkejut bukan kepalang... Terjerit-jeritlah aku... mengalahkan gorilla kat zoo tu... Aaaaaaaaaaaaa.... aaaaaaaaa...... sambil pegang kayu tu, aku naik atas kerusi. Alih-alih lipan tu menuju ke arah beg sekolah adikku. Lalu ku cuba kuis-kuis dengan kayu tu.. Time tu mama dan amirul dah keluar dari rumah sebab geli dan takut ngn lipan tu. Tiba-tiba lipan tu lari keluar dari beg sekolah adik aku menuju ke bawah kerusi. Aku pun jerit ”Mamaaaaaaaaaaa, lipan dah keluar... Camner ni????” Mama plak suh aku spray ngn penyembur racun serangga.. aku pun spray la tapi liat gak lipan ni tak mati-mati. Makin ligat dia bergerak adalah... Huhu... Aku jerit lagi..”Maaaaaaaaaaaaa...., Camne ni? Lipan ni tak mati..” Mama pun jerit dari luar, ”alaaaaaaaaaaaa... ketuk jer ngn kayu... lipan tu kak....” Cakap senang la... aku yang dah terketar-ketar seluruh badan ni menarik nafas sedalam yang mungkin. Aku ketuk laju-laju sepuas ati aku. Matilah lipan tu... Hancur aku kerjakan... hahhaa takut punya pasal. Aku tak suka seksa haiwan. Sebab tu aku kasi hancur biar cepat mati. Pastu kedengaran bunyi gelak tawa macam pontianak harum sundal malam mengilai. Sapa lagi, kalau bukan aku orangnya.. Macam orang giler menjerit-jerit... pastu ketawa terbahak-bahak sebab kelakar tengok mende tu mati berkecai. Hahaha sengal betul la.. Riuh satu rumah sebab seekor lipan muncul tanpa HERO kat rumah ni... Payahlah semua orang... Tak tau la Pak Guard sekolah, depan umah kitorang ni fikir apa agaknya bila dengar suara kitorang terjerit-jerit macam orang tak betul.


Hobi aku suka menggentel bucu bantal bucuk ni sambil tengok tv ker.. tidur ker.. Hobi lain, suka baca novel jiwang karat, simpan surat atau kad raya dari kawan. Simpan hadiah pemberian kawan. Tapi banyak yang dah takde sebab mama suka buang barang-barang lama aku. Dia kata menyemak jer dalam rumah ni. Huhu Sedih gaks... Lagi satu, aku suka main kucing atau hamster kat rumah ni. I like Korean Drama, Chinese Kungfu, atau citer jiwang-jiwang ni. Suka sangat tengok muka hero citer korea atau chinese. Handsome... rambut diorang macam rambut kartun. So Smart! Inilah padahnya kalau terlalu taksub dengan wajah-wajah camni. Kawan aku yang jadi mangsa, nak tau sapa? Nama dia Khairul Nazri bin Yusoff. Abis gambar dia aku edit, mengalahkan artis popular lak gamaknya. Hahahaa Nasib baik dia ni sporting, tak cepat melenting. Mulalah aku amik kesempatan... ke atas setiap gambar dia yang sempat ditangkap oleh adikku, Aween semasa Reunion kat BP Mall dulu. Mengantuklah plak... Sampai di sini sahajalah nukilanku ini. Sekian, Assalamualaikum dan maaf dipinta sekiranya terdapat kata-kata yang mengguris hati sesiapa yang membaca. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diriku sendiri.


5 comments:

k.e.r.i. said...

aku tak sanggup nak baca karangan atau kemengarutan ko sebab terlalu panjang.

tapi aku nak tanya, mama ko nampak muda gila.
ke kakak ko?

eeka said...

assalamualaikum
hehe mama aku mmg awet muda...
tu mmg betul la mama aku...
usia dia area 47 tahun gitu...

shaz haza said...

eeka

rindunye kat kau. bile nak jumpe ni. kate je duk kat bp

CoOkiE MoNSter said...

weh....karangan esei ker. Tajuk "Diri Saya". muahahahaha! Giler nyer panjang. Nak nangis ak bace. huhu..

eeka said...

assalamualaikum

to shaz haza: bila i nak kawin nanti kita jumpa yer cayanggg... haha rindu kat u gak.....

to cookie monster: mmg esei pun... nak lawan esei kat blog ko... hahaha leh 'challenge' tak? aku lagi meleleh air mata bila baca post blog ko... hahaha