Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Resepi Ayam Masak Kicap MAMA

Saturday, August 14, 2010
Bahan Utama:
1. Seekor ayam yang telah dipotong-potong kecil

Bahan Kisar:
1. Satu senduk lada kisar

Bahan Ditumbuk:
1. 1 sudu kecil garam
2. 1 sudu kecil ketumbar
3. 1 sudu kecil jintan manis
4. 3 biji bawang merah kecil
5. 3 biji bawang putih
6. 1/2 inci halia ditumbuk kasar

Bahan Perasa:
1. 5 sudu kicap
2. Sedikit air asam jawa
3. Sedikit ajinomoto
4. 1/2 serbuk perencah sup ayam adabi
5. 1 biji bunga lawang
6. 1 kulit kayu manis
7. 1 biji lada hitam

Bahan Hiasan:
1. 1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat

Cara-cara Memasak:
1. Masukkan minyak dalam kuali, bila dah panas, masukkan lada kisar dan kecilkan api.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk, serbuk sup ayam adabi, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam. Tumiskan selama 10 minit dengan api yang kecil.
3. Masukkan ayam dan gaulkan dengan sebati.
4. Masukkan kicap dan gaulkan sebati dengan ayam.
5. Masukkan air sampai sama paras dengan ayam... untuk kuah dia..
6. Masukkan sedikit air asam jawa dan bawang besar serta ajinomoto untuk menambahkan rasa... =) Tunggu mendidih dan siap untuk dihidangkan...

0 comments

Saturday, June 13, 2009

Ikan Pari Masak Asam Pedas

Saturday, June 13, 2009


Assalamualaikum
HAri ni kita belajar masak ikan pari masak asam pedas yer... tuan puan.. hehe macam chef lak..

Bahan-bahan pedas: 
1. 1 senduk nasi lada kisar atau nak pedas sila tambah ikut keperluan

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat dan ditumis:
1. 4 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. 1 sudu kecil garam
4. 1 inci kunyit 
5. 1 halia inci tapi ditumbuk kasar jangan sampai hancur nanti tergigit lak halia tu masa makan..  tumbuk sekali jer.. hehehe biar pecah sket...

Bahan utama:
- Ikan pari yang dipotong dua dalam 4 ekor untuk sekeluarga (**ikut keperluan anda)

Bahan-bahan perasa:
1. 1 mangkuk kecil air asam jawa secukup rasa - ni kena agak-agak sendiri... hehe
2. 4 pucuk daun kesum untuk menambah rasa dan baunya.. pergh.. sedap.. hehe

Bahan-bahan untuk ditambah selepas mendidih air kuahnya:
1. 1/2 sudu kecil ajinomoto atau pak aji hehe
2. 1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Sediakan kuali besar untuk memasak yer... tuan puan haha pastu panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya untuk menumis bahan-bahan pedas tu.. ala... lada kisar satu senduk nasi tu... hehe
2. Biarkan sampai pecah minyak dan lada tu betul-betul masak sepenuhnya (**kalau tak masak betul ditakuti sakit perut kalau makan nanti)
3. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang ditumbuk lumat semua skali
4. Tumis sehingga naik bau dan aromanya
5. Kemudian masukkan ikan pari dan gaulkan sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi
6. Masukkan bahan perasa (air asam jawa dan daun kesum) dan tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah ** jangan sampai meladung air lak dalam kuali nanti tawar kuahnya... hehe agak-agak peres la kuahnya... 
7. Last sekali, bila air mendidih baru masukkan pak aji atau ajinomoto dan garam secukup rasa yer tuan puan.. 

0 comments

Friday, June 12, 2009

Ayam Masak Kicap

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum

Hari ini, kita belajar masak ayam masak kicap plak...
hehee baru jer masak tadi...

Bahan-bahan utama:
1. 2 Kepak ayam, 2 peha ayam dan 2 dada ayam untuk sekeluarga kalau tak cukup tambah jer ikut suka selera anda... hehe

Bahan-bahan untuk ditumbuk dan ditumis:
1. 4 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. 1 sudu kecil garam
4. 20 biji lada sulah 
5. 1 inci halia di tumbuk kasar

Bahan-bahan perasa:
1. 2 sudu kicap
2. 3 sudu sos cili maggi

Cara-cara memasak:
1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi
2. Bila naik bau, masukkan perasa iaitu kicap dan sos cili secukupnya
3. Kemudian barulah masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati 
4. Tunggu hingga sebati ayam dan bahan tumisan tadi barulah masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah... 
5. Jika kurang masin masukkan kicap secukupnya... supaya kuahnya nampak hitam hehehe tapi jangan terlebih kicap nanti masin sangat pulak... agak-agak la...
6. Last sekali, masukkan ajinomoto setengah sudu kecil...
7. Tunggu didih baru tutup api tu... siap untuk dihidangkan... hehee =>

0 comments

Monday, June 8, 2009

Sup Ayam

Monday, June 8, 2009


Assalamualaikum
Hari ni, kite belajar masak sup ayam yer.. hehe baru jer masak tadi...

Bahan-bahan menumbuk:
1. 4 biji bawang merah kecil
2. 4 biji bawang putih
3. 1 inci halia 
4. 1 sudu kecil garam halus
5. 10 biji lada sulah warna putih biji-biji tu...

Bahan-bahan menumis:
1. 1 Kulit kayu manis (sepotong kecil)
2. 1 biji buah pelaga
3. 1 bunga cengkih
4. 1 bunga lawang
5. 1 sup bunjut adabi

Bahan utama:
1. Ayam secukupnya... yang dipotong-potong kecil
2. Kentang yang dipotong kecil

Bahan hiasan:
1. Daun bawang dan daun sup dihiris halus

Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak apabila kuali sudah panas
2. Masukkan bahan-bahan ditumbuk tadi dan bahan-bahan untuk menumis
3. Tumis bahan-bahan tadi dan biarkan selama 5 minit
4. Masukkan kentang dan ayam biarkan selama 5 minit supaya bahan tumisan tadi menyerap masuk ke dalam daging ayam tadi
5. Kemudian masukkan air sampai paras ayam tadi... untuk dijadikan kuah...
6. Biarkan mendidih baru masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam air tadi...
7. Last sekali baru masukkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus
8. Biarkan air mendidih barulah siap untuk dihidang...hehe

0 comments

Tuesday, June 2, 2009

Sotong Masak Kicap

Tuesday, June 2, 2009

Assalamualaikum

Hari ini saya belajar masak sotong masak kicap daripada mama kesayangan saya....
hehehe

Bahan-bahan untuk dihiris:
1. 3 biji bawang merah kecil
2. 3 biji bawang putih
3. 1 biji lada merah besar
4. 1 inci halia

Bahan utama: 
- Sotong secukupnya untuk seisi keluarga

Bahan perasa:
1. Sos cili maggi
2. Kicap jalen lemak 
3. Garam satu sudu kecil
4. Sedikit perasa ajinomoto

Cara-cara:
1. Masukkan minyak dan panaskan dalam kuali untuk menggoreng sotong 
2. Masukkan sotong yang telah ditapis airnya... sebab sotong akan mengeluarkan air bila digoreng...
3. Biarkan 5 minit... Sekejap jer... sebab sotong cepat masak dan kalau dibiarkan lama-lama nanti liat plak tak sedap..
4. Angkat sotong, dan masukkan semua sekali bahan-bahan yang dihiris.
5. Masukkan sesudu kecil garam dan sedikit ajinomoto.
6. Biarkan sehingga layu bawang-bawang tersebut... kemudian barulah masukkan sotong
7. Masukkan sedikit kicap dan cili sos secukup rasa... takmo banyak-banyak... agak-agak jer... hehehe
8. Biarkan sekejap dalam 5 minit.. siap la... =>

4 comments

Monday, May 11, 2009

Tom Yam MAMA Eeka

Monday, May 11, 2009


Bahan-bahan A
1. 10 biji cili kecil merah 
2. 7 biji bawang putih di bakar tanpa minyak sampai tompok-tompok itam timbul

Bahan-bahan B
1. 6 helai daun tom yam dihiris kasar
2. 2 batang serai dititik-titik dengan pisau
3. 1 biji bawang besar di potong 4 besar-besar
4. 2 kiub pati tom nyam jenama KNOW 

Bahan-bahan C
1. Dada ayam secukupnya dihiris-hiris kecil

Bahan-bahan D
1. 2 sudu kecil garam secukup rasa
2. 1 1/2 sudu teh gula peres... jangan sampai banyak-banyak
3. Ajinomoto secukup rasa
4. 1 biji limau nipis diperah secukupnya

Bahan-bahan E
1. Udang secukupnya dibuang kulit ekornya
2. Tomato kecil yang dipotong empat



Cara-cara memasak:
1. Tumbuk kasar bahan-bahan A jangan sampai hancur lumat
2. Masukkan minyak secukupnya di dalam kuali untuk menumis bahan-bahan A dan B
3. Masukkan air masak secukupnya dalam kuali untuk kuah tom nyam
4. Masukkan bahan-bahan C dan D ke dalam kuali
5. Tunggu sampai air mendidih, baru masukkan bahan-bahan E supaya udang dan tomato kekal segar
6. Tutup api apabila udang bertukar warna menjadi oren 
7 . Siap untuk dihidangkan untuk satu family
hehehee eeka da pandai masak tom nyam... slurrrrrppp.... licin dikerjakan.. hahaha


2 comments