Showing posts with label GEMS. Show all posts
Showing posts with label GEMS. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Suka-suka di Rikevita

Monday, January 11, 2010











0 comments

Friday, December 25, 2009

RETRO NITE RIKEVITA

Friday, December 25, 2009






2 comments

Thursday, September 3, 2009

awek2 cun... dari GEMS STC 02 hahaa

Thursday, September 3, 2009










4 comments

Saturday, August 22, 2009

1st day puasa..

Saturday, August 22, 2009


Assalamualaikum

huhu bosan betul pagi2.. bangun kul 4 pagi siap2 nak ke cafe GEMS.. untuk sahur..
  • Nasi + ikan keli masak lemas cili padi
  • Lauk tambahan.. daging masak lauk macam untuk nasi beriani tu.. ehhee
  • Tembikai merah sebagai pencuci mulut.. mouth wash.. hehee
  • Air punch... sejuk tu.. pagi2 minum air sejuk.. huhu tak perasan ada air teh n kopi kat ujung meja tu.. takpela,. hehe
Pas sahur.. tidur jap.. bangun kul 6 lbih solat subuh.. then tidur alik sampai 10.30 pagi.. hahahaa sejuk giler pagi ni,.. asyik kuar masuk toilet jerk... membuang air kecik..

10.30 pagi.. ingatkan nak sambung tidur... tapi ada phone call lak dari Ainol GEMS.. ketua promotion dinner.. huhu dia tak sihat... badan menggigil... so minta saya uruskan backdrop n lain2... utk promotion.. ni yang saya runsing skrg.. takde laptop nak wat backdrop utk nama perasmi majlis tu.. huhu

Laptop yang saya guna skrg takde adobe photoshop,.. huhu nak install takleh.. sbb dia mmg tak bagi permission... wawa... terkandas kerja gua... Skrg ni meroyan kat computer lab... hehee release tention..

0 comments

Thursday, August 20, 2009

Tak jadi balik Uma.. Puasa 1st... huhu

Thursday, August 20, 2009

Assalamualaikum

Pada hari ini, 20/08/2009, saya membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah,.. Padahal hati sebenarnya melonjak-lonjak mahu pulang ke rumah...untuk berpuasa bersama keluarga tercinta.. huhu

Nak wat camne.. ada persediaan DINNER GEMS.. puasa yang kedua ni... hari Ahad.. 23/08/2009
Di Mercure Hotel JB... atau lebih dikenali sebagai Sofitel Hotel.. hum... Hopefully, majlis ni berjalan dengan lancar.. hehehe

Pakai baju jubah hitam putih jerk... baju raya tahun lepas.. Ada anugerah pakaian terbaik.. tapi tak mungkin i jadi pemenangnya... hahahaha dah ler i ni pendiam... TAK FAMOUS langsung... gerenti tak dapat... =>

Makanan dia... pergh.. bufet.. gerenti berebut-rebut.. terutama sekali time nak berbuka nanti... hahahaha dengar cite... jauh lak tu nak berjalan ke tempat makanan... terpaksa la control AYU nanti time nak amik makanan.. hahahhaa

See u next time... 27/08/2009... I will be back home.. SEnggARANG.. TERCINTA.. hahaha i will be back baby.. don't cry for me.. ok? hahahaha



0 comments

Monday, August 17, 2009

HAPPY EEKA SANGAT HAPPY..HAHA

Monday, August 17, 2009
Assalamualaikum

Hari ni, saya rasa sangat gembira kerana semua perkara telah selesai.. ahahaha

  • Firstly pasal promotion team.. hehee banner telah di sahkan oleh pihak atasan, En. Razali..

  • Kat bawah ni, ada banner dia.. hehee background n design ni sebenarnya direka oleh Ainol... dari company 2 guna power point.. tapi saya convert kepada adobe photoshop...ehehe


  • Nasib baik dia bagi guna laptop dia untuk siapkan banner ni.. hahaha

  • Secondly, lega pasal dah jumpa doktor,.. sebab batuk n sakit kepala... ditakuti H1N1... huhu... Nasib baik tak demam.. Kalau demam, doktor cakap tu H1N1...

  • Ok la.. nak masuk kelas nih.. nanti lambat tak punctual lak kan.. hehehe daa... semua..


4 comments

Tuesday, August 11, 2009

Seksanya Suatu Bebanan di Hatiku ini...

Tuesday, August 11, 2009


Assalamualaikum


Pada hari ini, entah mengapa hatiku dilanda tekanan yang teramat berat... seolah-olah hatiku dihimpit-himpit oleh batu dan nafasku terasa sesak didada.. seolah-olah ada benda di atas jantungku yang membuatkanku sukar bernafas...

Tekanan yang saya simpan selama ini kini semakin parah... Arghhhh.... seksanya diriku... dengan perhubungan yang tidak direstui oleh ibu bapa sendiri... apakah ini dugaan yang Maha Esa untukku supaya lebih dewasa menghadapi ujian dalam kehidupan penuh ranjau ini... huhu

Jika harta yang dipandang mereka...terhadap seseorang yang bakal menjadi menantu mereka... padaku itu salah belaka... bukan dia tak bekerja.. bukan dia malas bekerja.. malah dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupannya... sedangkan saya sendiri masih mencari kerja... huhu

Kalau nak difikir logik akal, patutnya saya fokus pada kerjaya dulu... tapi sedang umur meningkat dewasa mestilah hati juga teringin seseorang untuk didampingi selalu... mestilah naluri untuk bersama orang tercinta itu akan wujud juga akhirnya... betapa besar anugerah Allah kepada saya... Baru saya tau, tak semua cinta itu indah belaka... ia pastinya disulami air mata dan disebalik kesedihan itu pasti ada hikmahnya....

Selain tekanan yang menghimpit jiwa ini, ada lagi satu pasal projek dinner GEMS yang kini sedang dalam proses untuk siap... Saya meletakkan jawatan sebagai ketua promotion dinner kerana tidak tahan dengan kerja yang banyak dan saya tiada laptop untuk buat kerja tu... simple jer kerjanya... contoh: buat banner dan banting untuk majlis dinner nanti.. tapi ketiaadaan kelengkapan utama seperti laptop untuk saya buat kerja telah membantutkan segala-galanya,... nak pinjam kawan, faham2 jer la.. masing-masing ada kerja yang perlu disiapkan.. huhu...

TENSION,............................................. WARGHHHHHHHH.........

Komputer lab yang disediakan langsung tidak membantu saya untuk menyiapkan banner dan banting kerana pihak sekretariat telah block atau tidak bagi permission install apa2 software demi keselamatan laptop kerajaan... tapi ini semua merupakan tekanan buat saya.. sebab saya tak boleh install adobe photoshop untuk buat kerja... huhuhu

Sakit jiwa.. sakit hati.. kadang-kadang.. saya menangis sendirian... masa kuliah pun saya boleh menangis.. huhuhu tapi saya tahankan saja air mata daripada mengalir...

VERY DEPRESSSSSSSSSSS....

LOVE + WORK = CRY... CRY... CRY...

='<


5 comments

Friday, August 7, 2009

hari yang kelam kelabu...

Friday, August 7, 2009

Assalamualaikum

Hari ni sangat bz dengan program BWG.. Breakfast With GEMS 4...
- Pagi2 antar laptop company kat dewan.. utk persediaan slide show...
- Then ada ceramah h1n1 lepas BWG...
- Pastu makan tengah hari... lepak kat computer lab dari kul 1 ptg - 5 ptg... hahahaa
- Giler la...

Task to finish within these one day...
1) banner utk dinner nanti,...
2) esok ada exam ptd... doa jer la... huhu langsung takde preparation...
- kat dalam ni tak sempat nak baca surat khabar... even ada nst disediakan...
3) nak tlg kawan wat poster..

  • wawawa tension giler tak de laptop nak wat keje..
  • terpaksa menumpang kat laptop kawan.. ni pun nasib baik ada computer lab..
  • tapi haram... tak leh install adobe photoshop pun huhuh..
  • dia tak bagi permission utk install apa2 sbb administrator tak bagi..
  • hancur hatiku... mengenang dikau,... mulalah merapek meraban nih...
  • hahahaha inilah diriku.. happy go lucky,... even ada masalah muka macam takde masalah jerk...
  • releks jer... cool jerk.. tapi bila tiba part presentation ker,... mula la gelabah tak tentu pasal... hahahaha
  • part ni la kena ubah nih... mana leh biarkan diri ni macam nih...
  • we must change our attitude to be a good person and to be a good leader one day... InsyaAllah...
  • Eeka boleh! chayo2! Ganbateh neh!

TAHUKAH ANDA BAHAWA 10% PERCAKAPAN, 10% TINDAKAN, 80% BODY LANGUAGE MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT BESAR... DALAM PERCAKAPAN SEHARIAN KITA...?? hehehe jadi rajin-rajinlah berlatih utk mendidik body language yang betul setiap masa...

A - Attitude
S - Skill
K - Knowledge

Attitude sangat penting dalam setiap kerja yang kita buat.. jadilah orang yang mempunyai attitude yang baik... terutama sekali semasa menghadapi temuduga.. tunjukkanlah bahawa anda seorang insan yang sopan santun, kemas dan mempunyai jati diri yang kuat... dengan bercakap penuh keyakinan dan boleh menjawab soalan dengan cemerlang.. hehehe

Sapa yang pandai adobe photoshop??? sila email eeka: eeka0312@yahoo.com
- nak tanya korang pasal konsep- konsep utk design banner...

4 comments

Friday, July 31, 2009

Teambuilding GEMS di Desaru...

Friday, July 31, 2009
Assalamualaikum

Tanggal 27-07-2009,
Bersamaan hari Isnin,
Desaru Golden Beach Hotel Resort,
Menjadi saksi kegembiraan kami yang tak terhingga..


Kami menyanyikan lagu GEMS,
Dengan penuh semangat,
Dengan penuh debaran,
Kedengaran dari jauh bunyi ombak memukul pantai,
Akhirnya kami dapat juga merasa mandi di Desaru...
hehehe


Teambuilding kami penuh dengan aktiviti,
Dimulakan dengan laluan titian kayu bergoyang,
Beserta lopak air dibawahnya,
Sambil mata ditutup,
Berjaya kami tempuhi...

Kemudian monkey track,
Bergayut atas palang besi,
Juga ada lopak air dibawahnya..
Dengan sorakan semangat dari En. Azahari,
Dan rakan-rakan sekumpulan..
Saya berjaya melakukannya...
haahhaaa

Tidak ketinggalan wall climbing,
Setinggi 6 kaki,
Berjaya kami tempuhi..

Diikuti laluan askar merangkak,
Yang mempunyai dawai berduri,
Terpaksa merangkak macam baby...
hahhaa

Tak cukup dengan wall climbing 6 kaki,
Kami perlu juga memanjat dinding kayu 10 kaki...
Berjaya juga saya tempuhi,
Berkat semangat berpasukan...
Alhamdulillah... kecuali ketua pasukan.. Mr. Wan
Tercicir.. eheheh

Setelah berhempas pulas dengan aktiviti lasak,
Minda kami juga diuji..
Kuiz dari teka silangkata,
SUDOKU,
Isi tempat kosong... dengan soalan am...
Pergh... sungguh mencabar minda betul..

Water confident paling saya suka,
Life jacket diberikan,
Kemudian dengan badan membelakangkan tasik,
Tangan tutup hidung,
Dan sebelah tangan pula pegang bahu...
Dengan kiraan 1.. 2.. 3...
Kebushhhhhh....
Tenggelamlah saya dalam tasik tu...
hahaha seronok..
Nasib baik timbul balik..
Pastu... perlu berenang ke seberang tasik...
Muka mengadap awan yang biru,
Airnya sejuk... sungguh menyegarkan...
Very touching.. =p

Then, buat rakit lak..
Ramai-ramai.. dengan jumlah tali yang terhad..
Akhirnya kami berjaya mendayung ke hulu tasik bersama rakit kami..
STARFISH nama kumpulan kami... hehehe

Puas berakit,
Naik tangga kambing lak...
Mata ditutup lagi...
berjaya juga kami tempuhi..
hahaha tengok orang la kan..

Kemudian akhir sekali,
Jadi TARZAN...
Bergayut atas sebatang tali,
Bawahnya ada lopak air lumpur busuk...
Tak berjaya ku tempuhi... hahaha
Terkandas jua dipertengahan jalan..
Benarlah kata pepatah,
Sepandai-pandai tupai melompat,
Akhirnya jatuh ke tanah jua...
Tapi si Usop Sontorian ni..
Hebat,.. dia berjaya menjadi TARZAN GEMS... hahaha


2 comments

Thursday, July 16, 2009

Grooming....... time.. at GEMS.. hehehe

Thursday, July 16, 2009
Assalamualaikum

1. Masa duduk.. kaki rapat ke kanan atau ke kiri bagi wanita..
2. Masa berdiri.. jarak antara kasut kena jauh 10 cm...
3. Masa berjalan.. pakai high heel,... hehehe
4. Pakaian baju kurung plain... tudung bunga2...


Petua hilangkan bau ketiak di badan manusia:
- masa mandi.. gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut... amalkan selalu... insyaAllah akan hilang bau ketiak tu.. ni petua dari tutor grooming puan azlin dari gems.. hehe


Petua takmo mata sembab:
- elakkan minum air masak sebelum tidur.. kerana air tersebut akan mengelilingi mata masa tidur dan menyebabkan eyebag... sebaliknya minum air 1 botol apabila bangun dari tidur.. suapaya segar tiap-tiap pagi... hehe


Petua elakkan lipstick melekat kat gigi:
- hisap ibu jari selepas memakai lipstick dan kemudian tarik ibu jari keluar dari mulut perlahan-lahan atau letakkan tisu bawah bibir dan kemam sket... hehe


Petua memilih kasut utk corporate dinner:
- elakkan dari memilih kasut high heel yang mempunyai hiasan reben dan buckle... di bahagian kasut...
- kasut hendaklah kasut kulit, bertutup di depan dan belakang... lebih tinggi heel lebih tinggi power.. orang tu..

Petua menyegarkan diri semasa di pejabat:
- basuh kaki dan nikmati kesejukan air tersebut...


- gosok gigi lepas makan dan bagi ladies... jangan lupa pakai lipstick tiap kali lepas makan dan minum, sebelum balik kerja pun kena pakai bagi memastikan husband puas hati... melihat isteri cantik sebelum dan selepas pulang dari office..


p/s: jangan berikan alasan atau peluang kepada mereka untuk mencari perempuan lain kerana anda tak memakai lipstick ketika pulang dari kerja... hehehe masa pergi kerja berhias bagai nak rak.. balik pun mestilah berhias juga untuk suami =>

4 comments