Friday, December 18, 2009

Andai...kata...

Friday, December 18, 2009


Assalamualaikum

Alangkah indahnya jika hati ini diselubungi rasa cinta.......
Cinta yang disulami rasa insaf di dalam diri...
Cinta yang tak mengenal erti penat...
Cinta yang kekal hakiki tanpa kecurangan...

Tetapi di manakah hendak kucari cinta sedemikian?
Adakah aku terlalu alpa dengan anugerah-NYA...
Sehinggakan cinta yang hakiki telah ku abaikan...
Apakah ini suatu petanda bahawa hati ini perlu berubah?

Cinta hakiki dan abadi adalah kepada Allah yang Maha Kuasa...
Maha Mentadbir sekalian alam...
Kadangkala hati ini berbisik lagu sepi...
Kesepian tanpa teman disisi...
Walhal ramai teman yang bersedia menemani...

Entah mengapa hati ini begitu tegar...
Membiarkan diri ini hidup begini...
Mungkinku sudah berputus asa...
Atau berkabung demi terkuburnya sebuah cinta kepada manusia...
Ah.... usah di kenang peristiwa pahit itu Eeka...

Kadang kala hati menangis sendirian...
Sebak di dalam jiwa..
Mengapa hilang segala semangatmu yang riang gembira Eeka?
Mengapa hilang segala keserian pada wajahmu..?
Mengapa begitu sukar untuk mendengar gelak tawamu?
Mengapa kamu meminggirkan diri?

Adakah ini di namakan kemurungan?
Oh, tidak... Eeka..
Jangan sesekali putus asa dengan dugaan-NYA yang ini..
Kau pasti boleh melaluinya...
InsyaAllah...

Demi awal muharam ini...
Berubahlah Eeka!
Berubahlah dari yang buruk kepada yang baik...
Usah dilayan rasa hati yang sayu itu...
Fikirkan masa depanmu...
Jangan dipandang perkara yang dah berlalu...


2 comments:

CoOkiE MoNSter said...

eeka, nk tukar profession jadik pendeklamasi puisi ke? hehe...chayok2!! Dont give up. =)

eeka said...

hahaha
ni sambilan jerk.... jadi pendeklamasi sajak... ekekeke...
layan jerk jiwang time tu... haha