Friday, July 31, 2009

Teambuilding GEMS di Desaru...

Friday, July 31, 2009
Assalamualaikum

Tanggal 27-07-2009,
Bersamaan hari Isnin,
Desaru Golden Beach Hotel Resort,
Menjadi saksi kegembiraan kami yang tak terhingga..


Kami menyanyikan lagu GEMS,
Dengan penuh semangat,
Dengan penuh debaran,
Kedengaran dari jauh bunyi ombak memukul pantai,
Akhirnya kami dapat juga merasa mandi di Desaru...
hehehe


Teambuilding kami penuh dengan aktiviti,
Dimulakan dengan laluan titian kayu bergoyang,
Beserta lopak air dibawahnya,
Sambil mata ditutup,
Berjaya kami tempuhi...

Kemudian monkey track,
Bergayut atas palang besi,
Juga ada lopak air dibawahnya..
Dengan sorakan semangat dari En. Azahari,
Dan rakan-rakan sekumpulan..
Saya berjaya melakukannya...
haahhaaa

Tidak ketinggalan wall climbing,
Setinggi 6 kaki,
Berjaya kami tempuhi..

Diikuti laluan askar merangkak,
Yang mempunyai dawai berduri,
Terpaksa merangkak macam baby...
hahhaa

Tak cukup dengan wall climbing 6 kaki,
Kami perlu juga memanjat dinding kayu 10 kaki...
Berjaya juga saya tempuhi,
Berkat semangat berpasukan...
Alhamdulillah... kecuali ketua pasukan.. Mr. Wan
Tercicir.. eheheh

Setelah berhempas pulas dengan aktiviti lasak,
Minda kami juga diuji..
Kuiz dari teka silangkata,
SUDOKU,
Isi tempat kosong... dengan soalan am...
Pergh... sungguh mencabar minda betul..

Water confident paling saya suka,
Life jacket diberikan,
Kemudian dengan badan membelakangkan tasik,
Tangan tutup hidung,
Dan sebelah tangan pula pegang bahu...
Dengan kiraan 1.. 2.. 3...
Kebushhhhhh....
Tenggelamlah saya dalam tasik tu...
hahaha seronok..
Nasib baik timbul balik..
Pastu... perlu berenang ke seberang tasik...
Muka mengadap awan yang biru,
Airnya sejuk... sungguh menyegarkan...
Very touching.. =p

Then, buat rakit lak..
Ramai-ramai.. dengan jumlah tali yang terhad..
Akhirnya kami berjaya mendayung ke hulu tasik bersama rakit kami..
STARFISH nama kumpulan kami... hehehe

Puas berakit,
Naik tangga kambing lak...
Mata ditutup lagi...
berjaya juga kami tempuhi..
hahaha tengok orang la kan..

Kemudian akhir sekali,
Jadi TARZAN...
Bergayut atas sebatang tali,
Bawahnya ada lopak air lumpur busuk...
Tak berjaya ku tempuhi... hahaha
Terkandas jua dipertengahan jalan..
Benarlah kata pepatah,
Sepandai-pandai tupai melompat,
Akhirnya jatuh ke tanah jua...
Tapi si Usop Sontorian ni..
Hebat,.. dia berjaya menjadi TARZAN GEMS... hahaha


2 comments:

CoOkiE MoNSter said...

cam best jer aktiviti2 kome? ngehngeh... bile ko nak abes ni eeka? nant jom pi seremban nak?? =)

eeka said...

hehehe
mmg besh pun..
banyak enjoy...
tapi dah nak akhir ni bz uruskan dinner utk perpisahan nanti... 23 ogos 2009 kat hotel mercure senai jb...

aku abis 27 ogos ni... pastu praktikal 6 bulan kat syarikat swasta (glc company)... hehehe