Saturday, June 6, 2009

hidupku

Saturday, June 6, 2009


hidupku di penuhi warna-warna keriangan,
tanpamu teman,
hidupku bagai burung yang sesat berterbangan,
tanpa arah tuju, tanpa arah tujuan...

aku seorang insan biasa,
hidup penuh pancaroba,
aku insan biasa yang sedang mencari erti kehidupan sebenar,
aku insan biasa yang melihat kehidupan ini sebagai peluang keemasan,
peluang untukku membuktikan kepada diriku,
bahawa aku sendiri boleh berdiri di atas kakiku sendiri,
hidup berdikari dan saling sayang menyayangi...

aku insan romantik,
aku cuba untuk jadi yang terbaik,
aku belajar memasak,
aku belajar menyayangi,
aku belajar cara-cara untuk hidup berdikari,
hidupku penuh dengan pelajaran...

hari-hariku indah dengan hadirnya cahaya matahari,
yang bersinar menyinari bumi,
malamku terang diterangi cahaya bulan,
aku gemar melihat alam ciptaan tuhan,
sungguh indah dan mententeramkan perasaan,
aku suka melihat pantai yang terbentang,
ibarat satu pemandangan yang mempesonakan perasaan....
ehehhee dah mula la merapek nih.... sekian sahaja update daripada eeka =>

0 comments: