Friday, June 12, 2009

Ayam Masak Kicap

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum

Hari ini, kita belajar masak ayam masak kicap plak...
hehee baru jer masak tadi...

Bahan-bahan utama:
1. 2 Kepak ayam, 2 peha ayam dan 2 dada ayam untuk sekeluarga kalau tak cukup tambah jer ikut suka selera anda... hehe

Bahan-bahan untuk ditumbuk dan ditumis:
1. 4 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. 1 sudu kecil garam
4. 20 biji lada sulah 
5. 1 inci halia di tumbuk kasar

Bahan-bahan perasa:
1. 2 sudu kicap
2. 3 sudu sos cili maggi

Cara-cara memasak:
1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi
2. Bila naik bau, masukkan perasa iaitu kicap dan sos cili secukupnya
3. Kemudian barulah masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati 
4. Tunggu hingga sebati ayam dan bahan tumisan tadi barulah masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah... 
5. Jika kurang masin masukkan kicap secukupnya... supaya kuahnya nampak hitam hehehe tapi jangan terlebih kicap nanti masin sangat pulak... agak-agak la...
6. Last sekali, masukkan ajinomoto setengah sudu kecil...
7. Tunggu didih baru tutup api tu... siap untuk dihidangkan... hehee =>

0 comments: