Thursday, April 9, 2009

Kisah Eeka Masa kecik-kecik dulu..

Thursday, April 9, 2009
Assalamualaikum

Teringat saya pada zaman tadika dulu, saya seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan baru mengenal erti dunia kanak-kanak... Hehe... Masa tu saya tinggal di Rumah Guru, SK Sungai Suloh tapi sekarang rumah tu dah lama dirobohkan. Kawan rapat saya pada ketika itu ialah satu-satunya jiran yang paling dekat dengan kawasan sekolah iaitu Iwan atau nama penuhnya Nor Razwan bin A Rahman. Saya selalu bertandang ke rumahnya untuk mengaji di rumahnya yang kebetulan ibunya, Mak Nit seorang guru mengaji al-Quran.

Kadang-kadang Iwan sendiri yang mengajar saya membaca al-Quran kerana dia sudah khatam 30 juzuk. Hehe... Seronok sangat bila teringat kisah kami bermain-main di kawasan sekolah dengan mencuri telur ayam yang mengeram kat dalam almari sekolah. Kasihan juga pada ibu ayam tu, ahaha da curi bukan untuk di makan, tapi kami baling telur tersebut kat atas parit sekolah. Punyalah nakal saya pada masa tu. Kadang-kadang saya dan adik lelaki saya bermain di rumahnya. Main sorok-sorok sambil buat "countdown".

Pertama kali saya nampak tenggiling ialah berdekatan rumahnya. Tenggiling tersebut ada melingkar atas pokok belakang rumahnya. Bersisik-sisik. Dah lama saya tak berjumpa dengan dia. Terasa rindu pulak. Ntah macam mana agaknya rupanya sekarang. Hahaha Dialah satu-satunya kawan rapat saya masa kecil dulu. Kadang-kadang kami bermain pondok-pondok. Tu memang lumrah permainan untuk kanak-kanak. Main ting-ting la. Galah panjang. BESTTT... Lama tak main, kalau main sekali lagi sekarang ni mesti kelakar. hahaha...

Selalunya saya kalau benda atau makanan yang saya tak pernah rasa, saya tak berani makan. Macam ubi rebus cecah gula. "First time" saya nampak ubi rebus cecah gula kat rumah Iwan. hahaha Tak lalu saya nak makan takut tak sedap. Tapi kalau sekarang saya suka makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, LAYAAAAANNN... hehe sedap sangat. Kecurrrrrrr perut. hehe Lagi satu tempe goreng cecah sambal kicap. Yang ni memang SEDAP TAK TERHINGGA... ehehe meleleh air liur dibuatnya...

Apa lagi nak ditulis ya... Ketandusan idea setelah menaip beberapa jenis makanan yang KECURRRRR la... huhu Saya minta diri dulu... LAPARRRR... hehee Assalamualaikum

0 comments: