Thursday, April 9, 2009

Facebook?? lembab betul... huhu

Thursday, April 9, 2009
Nursyafeeka Binti Zainuddin's Profile
Nursyafeeka Binti Zainuddin's Facebook profile
Create Your Badge

Assalamualaikum

Sebenarnya da lama saya mempunyai facebook cuma tak ada kesempatan untuk mengisi segala maklumat peribadi kat dalam tu. Punyalah bengang menunggu untuk upload photo ke dalam facebook tu.... huhu Kalau friendster, cepat jer upload... That's why I like friendster... hehe

Tapi bila lama-lama terkandas kat facebook tu, macam ada "something interesting about facebook" ni. Dia ada iklan yang menarik untuk dibaca contoh iklan kerja kosong. Tapi bila ditilik-tilik iklan tu, majoriti kat Kuala Lumpur. Kat manalah saya akan tinggal yer? Saya bukannya ada saudara-mara kat KL tu. Seorang diri kat tempat asing... uish... asing betul tu.... "Very dangerous" sebab boleh sesat jalan. hehe Tak pernah naik LRT seorang diri. Mau sesat nanti. Bukan pernah menapak seorang diri kat sana. Huhu

Mungkin belum rezeki saya agaknya. Tapi saya masih berusaha untuk mendapat kerja kerajaan. Hehee Kepada pihak kerajaan, I VOTE U... muahahaa... Ada sebab yang kuat untuk saya bekerja untuk kerajaan, salah satu sebab adalah untuk mendapatkan kerja yang tetap walaupun gaji tidak seberapa. Asalkan kehidupan terjamin. Selain itu, saya cemburu gilerrr kat orang kerajaan ni, relaks jer cara hidup mereka. Tiada tekanan perasaan kerana kerja yang menimbun-nimbun, siap boleh tengok VIDEO lagi kat tempat kerja. Apa kes? hehee Ada plak tu, sempat main game lagi tu... Waduh2, siapa tak cemburu kan?

Sekarang ini, saya sedang mengalami proses transformasi hehe... macam Akademi Fantasia 7 la plak. Transformasi untuk melalui anjakan paradigma kepada seorang yang lebih berpengetahuan luas tentang kehidupan, negara, ekonomi, politik dan isu-isu semasa demi kepentingan diri saya dan keluarga. heehee Bersemangat betul nih.. Saya berjanji pada diri bahawa saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan transformasi ini demi masa depan saya. Selain itu, saya akan mengubah diri ini kepada seorang yang lebih berwibawa dan lebih matang dengan mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan formal dan lebih teratur. Sama ada melalui penulisan, cara percakapan dan sebagainya.

Sekian sahaja dari saya, Nursyafeeka binti Zainuddin. Wassalam. Semoga Allah mengurniakan kita semua dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang berpanjangan, dan iman yang kukuh di hati setiap muslimin di dunia ini. Aaaaaaaaamiiiiiiin...

0 comments: