Saturday, February 7, 2009

Reunion EX-SKS

Saturday, February 7, 2009











Assalamualaikum

Tanggal 26 Januari 2009, bertempat di KFC, Batu Pahat Mall lebih kurang jam 3.30 petang… Berlakulah pertemuan antara 10 sahabat yang setelah sepuluh tahun kian lamanya tidak berjumpa… Dalam pertemuan tersebut, masing-masing makan ayam KFC dengan rakusnya…. Kelaparanlah gamaknya… hahaha… Sambil berkongsi cerita tentang hal masing-masing… Kebanyakannya masih sibuk melanjutkan pelajaran dan ada yang sudah bekerja… sebagai tentera… Chewah, agak MACHO la gaks… kawan-kawan aku ni…

Rindu?? Sudah semestinya aku amat merindui segala kenangan semasa di sekolah rendah dulu. Banyak kenangan pahit telah bertukar menjadi manis seperti manisnya madu lebah kat hutan belantara tu… apa yang aku melalut ni? Huhu Sekiranya aku masih bersekolah di SK Seri Banang dari darjah satu sampai enam… mesti aku takkan dapat berjumpa dengan mereka semua ini… Sekurang-kurangnya, aku ada kenangan dalam dua buah sekolah rendah yang HAPPENING la gak… hehehe SK Seri Banang Batu Pahat merupakan tempat di mana aku mengenal erti sebuah persahatan sejati terutama sekali dengan insan bernama Farah Hanan binti Zaini yang kini sudah berkahwin dan masih melanjutkan pelajaran di UMS Sabah.

Di SK Seri Banang juga aku telah menerima sepucuk surat cinta dari seorang jejaka tampan kacak bergaya bernama Rozaini bin Md. Sani. Chewah! Kecik-kecik dah dapat LOVE LETTER… Tapi bengang gak sebab ianya sampai ke pengetahuan cikgu dan akhirnya aku yang tak bersalah dipanggil ke hadapan dengan mamat tak tau malu ni… Aku mula menangis teresak-esak sebab malu dipanggil ke depan… Yang mamat ni plak, bley wat lawak.. bila cikgu tanya, “Betul ke awak bagi surat cinta kat Eeka?..” Dia menjawab, “Eh, bukan Eeka ni la cikgu… Ada Eeka lain la, cikgu… Bukan Eeka kelas ni…” Wawawa… Boleh plak dia main pusing ayat kat cikgu depan suma orang… hahhaa sengal giler… Kalau diingatkan balik memang nak tergelak pun ada… Hahaha… Very Sweet Memory… Memang tipu kalau aku menafikan bahawa aku memang agak cair gak ngan cara dia mengurat aku.. Tapi aku pertahankan diriku dengan prinsip aku supaya tak menerima dia dengan semudahnya. Aku tahu dia ni PLAYBOY. Suka usha ramai girls kat sekolah. Tapi setiap kali aku merenung matanya, aku kalah. Seolah-olah kami boleh berbicara hanya dengan bertentang mata.

Cerita ni tamat begitu sahaja, apabila aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Senggarang semasa Darjah Empat kerana papa pindah keje. Sesungguhnya aku amat merinduinya apabila aku berjauhan dengan dirinya. Aku pernah mengutuskan sepucuk surat pada mereka di SK Seri Banang menanyakan hal mereka. Hehe.. Rindu kat dia sebenarnya… Tapi semuanya berubah, tatkala aku mula berkawan dengan mereka di SKS ni.. Hari pertama aku di SKS, aku malu gak pasal suma orang perempuan pakai tudung, tapi aku tak pakai.. Sebab di SKSB aku FREEHAIR… Ada hikmahnya aku berpindah ke sini.. Hehe… Kalau tak sampai sekarang aku tak pakai tudung kat sekolah pun.

Berlainan pula cerita di SKS, mesti ada GOSSIP yang timbul tiap kali aku berpindah sekolah. Hahaha… Yang kat SKS ni lagi dahsyat, mana-mana aku pergi mesti ada budak-budak laki yang ejek aku ngan sorang guy kat SKS ni… Bengang gaks… Takde angin takde ribut camne leh timbul GOSSIP??? Aku confius… Kadang-kadang aku tertekan gak, yelah sapa leh tahan bila pergi mana-mana jer ada orang ejek ganding-gandingkan aku ngn sorang guy ni. ISh, memanglah guy tu baik dan NSEm… hehe tapi kalau sekadar khabar angin palsu mengapa perlu disebar-sebarkan… Masa tu, aku asyik terfikir nak lari balik SKSB jer.. Lebih-lebih lagi adik aku, Aween dapat ulang-alik dari Senggarang ke SKSB dengan Cikgu Mahyun. Aku pun nak camtu… Tapi tak dapat. Mama n papa tak kasi.. huhu… Tapi adik aku tak lama kat SKSB, sbb Cikgu Mahyun berpindah. So, secara automatic terbatallah segala niat aku. Tapi kalau difikirkan balik, semua kenangan yang pahit tu menjadi manis semanis madu plak bila dikenang kembali. Hahhaa

Memang tak dapat dinafikan, aku kadang-kadang leka dengan gossip ni sampai perasaan aku hanyut dibuai mimpi yang tak sudah. Aku mula berangan-angan mat jenin kononnya bila dah besar nanti berkahwin dengan mamat tu. Ish, giler agaknya aku masa tu.. Kadang-kadang gossip yang timbul ni, memang leh jadi betul-betul hidup kalau kita tak tahu camne nak handle. Sabar eeka… Sabar… Ini semua dugaan yang Maha ESA… hehehe jangan mudah terjatuh ke gaung yang dalam nanti gelap masa depanmu. Yes, I admit that sometimes I’m very sincere to myself when its involve feelings… Masa ni, aku bingung dengan diriku. Kenapa aku biarkan perasaan aku hanyut, sedangkan aku masih muda lagi. Baru berumur 12 tahun, takkan aku boleh biarkan diriku dengan perasaan ini? Bila aku melihat dirinya, aku mula jatuh hati. Ish, mana leh jadi ni… Camne ngan Rozaini? Hehe Takkan aku nak bertepuk sebelah tangan… Ish, takmo takmo… Maka secara automatiknya aku mematikan saja perasaan itu..

Tiba-tiba perasaan itu muncul kembali tatkala aku menjejakkan kaki ke TIGS. Masa tu umurku baru 13 tahun. Owh, tidak! Dia muncul kembali… Semasa aku pulang menaiki bas bersama Farah Hanan kawan baikku sejak sekolah rendah, Rozaini ada dalam bas yang sama! Bas yang membawa aku ke Senggarang, Bas Benut orang panggil. Hehe Masa tu, aku merenung jauh ke dalam matanya. Dia pun sama. Tapi masa tu, dia tak yakin aku ni Eeka yang dia pernah kenal dulu. Sebab dah 3 tahun tak jumpa. Sebaik sahaja dia turun dari bas, dia bertanya kepada Hanan. “Betul ke tu Eeka?” Hanan plak memang dah berpakat dengan aku, tak nak bagitau siapa aku. Hahaha Keesokan harinya, terserempak lagi… dalam bas.. ish, asyik terserempak jer… Tapi aku akui amat merindui renungan matanya tu… Chewah! Ni macam angau semacam jerk. Hahaha Perasaan yang halus tu menyucuk-nyucuk lubuk jantungku… Jantungku mula berdegup tidak normal. Hahaha Dub dab dub dab dub dub dab dab… Yang aku takleh lupa, bila dia menjerit memanggil namaku, semasa aku menaiki bas kat bus stand Batu Pahat. Mak aih, masa ni memang aku bengang tahap maksimum. Yelah, semua orang pandang muka aku, merah padam muka aku. Ish, dah ler aku seorang diri jer masa tu. Kawan-kawan dia siap usha-usha kitorang lagi. Aku wat tak nampak muka dia masa tu. Sebab tak tahan malu, aku melepaskan pandangan ke arah tingkap. Pastu, dia turun dari bas sambil memandang aku, aku plak hanya menjelingnya melalui lirikan mataku. Tanda protes. Hahhaa

Tapi kan, semua kenangan ni sangat manis semanis madu katakan. Hahaha Banyak lagi kisah tentang diriku. Tapi kalau nak diceritakan memang tak cukup tangan la nak menaip. Penat tu. Semua peristiwa ini, banyak mengajar aku tentang peribadi seorang lelaki. Sedikit sebanyak aku dapat belajar sendiri bagaimana hendak mengikut rentak hidup di dunia ini. Aku selalu menduga sejauh mana orang tu benar-benar mencintai aku. Aku tak nak cinta hangat-hangat tahi ayam. Kalau korang pernah baca novel Adam dan Hawa mesti korang layan punya. Hehe kalaulah benar-benar wujud lelaki sesetia Adam sepertimana diceritakan dalam novel tu, gerenti aku takkan teragak-agak untuk menerima dia. Adam yang setia menanti gadis idaman hatinya menamatkan pelajaran, sanggup berjauhan serta menanti si dia supaya terbuka pintu hatinya untuk menerima dirinya. Sehinggakan pertemuan itu berlaku di kota suci Makkah. Fuyoo… Betapa sucinya cinta mereka, sehingga dipertemukan di tanah suci itu… Nilah gamaknya kalau terpengaruh dengan cerita-cerita dalam novel. Hahhaa Sampai terbawa-bawa ke alam realiti.

Eh, apa cite plak aku ni? Tadi bukan tajuk post blog ni pasal reunion ker? Alamak, aku da jauh menyimpang dari tajuk ni. Ni kalau masuk karangan Cikgu Fauziah mesti kena sound cukup-cukup ni. Hahhaa Berbalik kepada kisah reunion tadi, memang aku rindulah kat Marina, Junaidah, Zana dan Fiza. Even Fiza aku sempat jumpa masa kat Kolej Matrikulasi Johor.. Hehe yang guys plak, Nazri @ Poey, Piey, Helmi, Fadzulloh dan Ghazali. Tak sangka aku, mereka ni dah bertukar menjadi Ultraman Fire… hahaha tak la.. mereka bertambah kacak dan bergaya berbanding zaman sekolah dulu. Yang perempuan plak, makin CUN… Tapi muka yang paling banyak berubah dan kalau aku tak jumpa dia masa kat BP Mall tu mesti aku tak kenal ialah Mohd. Helmi bin Bidin. Perubahan drastik jugaklah. Tapi aku yakin dia tak buat pembedahan plastik. Hahahaa Jangan marah ya Encik Helmi kalau terbaca karangan panjang ni. Muahahhaa… Pedulikan apa kata orang… Dah tema blog aku ni, CAKAP SERBA TAK KENA… memang tak kena gaya la jawabnya… hahhaa

Nasib baik aku dapat pinjam kamera digital papa aku… hehhee anak manja katakan… Apa yang aku minta suma dapat… Tapi bukan aku sorang je tau yang manja dalam family aku. Parents aku ni jenis yg bijak mengagihkan kasih sayang sama rata pada anak-anak diorang. Hehe Good Example la… katakan…Cakap pasal manja ni, aku manja gak kat adik kedua aku ni, Aween… huhu kalau dia tak temankan aku g reunion tu mesti aku nangis sorang-sorang kat Summit Parade Batu Pahat tu sebab salah tempat. Hahaa dorang ni pun satu, aku ingatkan kat Summit Parade perjumpaannya. Rupa-rupanya BP Mall. Huhu

Aku boleh jadi teman setia tau dalam setiap persahabatan. Tapi dengan syarat, korang menerima diri aku seikhlas yang mungkin. Apa yang kurang dan terlebih semua harus diterima seadanya. Chewah! Ni macam syarat nak kawin la plak. Aku sanggup berkorban demi sahabat. Tak kiralah dari sudut masa, tenaga atau kasih sayang. Even kalau pakwe aku suka kat kawan baik aku pun aku leh terima seadanya. Mak aih, boleh blah la kalau camtu.. hahaa maunya aku leh trima camtu. It takes a lot of time for me to forget it kalau aku nak menerimanya. Sebab tu lah aku tak suka couple-couple dulu. Dengar perkataan couple jer dah cukup sangat, dah cukup serik untuk aku. Bukan kerna aku dikhianati, atau di belakangi… Tapi kerna aku sendiri tidak bersedia. Entah bila aku akan bersedia. No Green Light from my mama, actually. Aku ni lurus bendul gak. Merah kata mama… Maka merah la kataku. Hijau kata mama maka hijaulah untukku. Hahaha Sebab tulah family is my first priority. Aku kena kerja dulu, belajar memandu, beli kereta, beli rumah dan puaskan hati dulu. Then baru aku akan melangkah ke dunia baru. InsyaAllah, eeka dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk merasai nikmat semua ini. Ehehe


Memang kata-kata dari seorang perempuan seperti aku kadang-kadang banyak yang melalut-lalut. Tapi sesungguhnya ianya lahir secara telus dari dalam hatiku. So, apa yang terlintas terus sahaja jari jemariku menari-nari di atas keyboard ni untuk mengungkapkan segala perasaan yang melanda hati ini. Sebab tulah panjang semacam post blog aku. Aku rasa inilah entry paling panjang pernah aku buat. Muahahahaa.. Feeling semacam jerk bila wat entry ni. Tu yang melalut sampai London. Hahaha jam sudah menunjukkan pukul 12.31 pagi… masa untuk aku tidur.. penat menaip dari tadi.. Gudnite… Sekian sahaja kata-kata hikmat lagi panas serta hangat dari HOT.fm eeka.

4 comments:

CoOkiE MoNSter said...

Ak hampir-hampir sangkakan ko mula nk jadi penulis alaf baru td. Anyhow, i miss our moments together in Seremban. And of course,

our officemates,

REALLY MISSING YOU. T-T

eeka said...

assalamualaikum
hahaha i misss you tooo my dearrrrrrrrrr......
aaaaaaarrrrrrrrrrrr....
aaaaaarrrrrrrrrrrrr.....
dah tak betul dah ni...
ehehhe tata

mrberett said...

ape yang berubah ngan muke aku?
dari kecik sampai besar pon same ensem..haha

eeka said...

hahaha... yang membuatkan muka kau jadi tak berapa nak ENSEM tu.. pabila kau membela rambut sampai macam perempuan.. aaaaaaaawwwwww..... lembut gitu.. ekekeke tukar la style jadi MACHO gitu... =p