Thursday, January 29, 2009

Bila Nak Kahwin?

Thursday, January 29, 2009
Aku rasa ni bukan kali pertama aku disoal dengan soalan ni... ”Eeka, bila nak kawin?” hahaha Pastilah jawapan aku bukan jawapan dari hati setulus-tulus hati,... Aku akan jawab… “Takde calon la…” takpun aku jawab “tunggu da keje nanti…”

Kisah sebenarnya, aku tak bersedia lagi untuk mendirikan sebuah masjid yang kukuh memandangkan ekonomi aku sendiri belum cukup memadai… aku perlu bekerja dahulu, kemudian aku nak beli kereta dan rumah… Semoga eeka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki… Aamiiiinn… Hehe yang penting, aku belum menjumpai seseorang…. Yang aku cinta…. Ntah mengapa hatiku ni sungguh sukar untuk menerima kehadiran cinta….

Mungkin aku sengaja menutup pintu hatiku supaya jangan menerima sebarangan lelaki…
Aku takut kecewa... aku takut untuk berpisah... huhu... InsyaAllah eeka akan bertemu dengan jodoh dia kelak... Kadang-kadang aku takut, cinta itu akan kecundang dipertengahan jalan.... Kalau dah kawin, alih-alih ada yang tak kena... n bercerai... ish... tu yang paling aku takut... aku mengaku bahawa cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH... huhu tapi cinta sesama manusia ni la yang aku lemah... dari kecil sampai dewasa.. aku dididik supaya tidak bergaul bebas... tiap kali aku keluar rumah n balik lewat... mesti mama akan tanya, ke mana aku pergi... n napa lambat balik...

Hah, lagi satu sikap aku... pemalu entah bertempat atau tak kena tempat... wawa... aku tak biasa berbual-bual dengan lelaki FACE TO FACE... Aku tak boleh... huhu sebab setiap kali nak bercakap, aku mula rasa tak tentu arah... berdebar-debar.... n i can’t think any word in that moment... bila call melalui nset semestinya aku nombor satu... hahha ada jer idea untuk berborak ngn kaum ADAM ni.. tulah kelemahan aku... dlm nset atau ym nmpk GAH jer... berani... alih-alih bila jumpa, kaku jer macam patung... haahhaa

Berbalik kepada tajuk cerita tadi... bila nak kawin?? Entahlah... kalau panjang umur murah rezeki kahwin jer la gamaknya... Cuma bakal suami jer la tak ketemu lagi.... hahaha

2 comments:

CoOkiE MoNSter said...

Giler hangat topik kite yer? walopon ko dah lame post entry, ak nak gak komen.

'UNIK'.

eeka said...

hahaha
assalamualaikum
cookie monster: mmg ler... hangat bangat tajuk ni... kau tu bila nak kawen? muahahaa